Huawei Teknologi Tinggi Dari China


Bukan semua produk daripada China tidak berkualiti.Terdapat juga produk daripada negara China mempunyai kualiti yang terbaik dengan speseifikasi yang tinggi.Salah satu daripadanya adalah Huawei.


Pengenalan Huawei

Secara dasarnya,Huawei atau nama syarikat penuhnya Huawei Technology Co. Ltd. merupakan satu syarikat gergasi multinasional rangkaian internet dan komunikasi daripada negara China yang beroperasi di Shenzhen , Guangdong.

Huawei merupakan salah satu daripada syarikat telekomunikasi terbesar di seluruh dunia sehingga mengatasi kedudukan Ericsson pada tahun 2014.

Huawei ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Ren Zhengfei selaku jurutera yang bertugas di People's Liberation Army.Pada tahun pertubuhannya,Huawei hanya fokus kepada penciptaan suis utama pada telefon sahaja namun dengan pengalaman yang dimiliki Huawei melonjak ke hadapan dengan melibatkan diri di dalam membina rangkaian telekomunikasi , menyediakan sistem operasi dan nasihat khidmat pelanggan rangkaian telekomunikasi di luar dan di dalam negara China.

Pada tahun 2015,Huawei memiliki lebih daripada 170,000 pekerja dan seramai 76,000 pekerja terlibat di dalam bidang Research and Development (R&D).Bagi bidang R&D ini pula,Huawei memiliki sebanyak 21 institut di seluruh dunia termasuk negara China sendiri , Amerika Syarikat , Kanada , Pakistan , Finland , Perancis , Belgium , Jerman , Colombia , Sweden , Ireland , India , Rusia , Israel dan Turki.Pada tahun 2014 pula,Huawei telah melabur sebanyak 6.4 billion USD untuk kegunaan bidang R&D dan ditambah lagi sebanyak 5 billion USD pada tahun 2013.


Pada bulan Jun 2016,Huawei mencapai tahap yang diinginkannya iaitu mencipta dan membina sistem telefon pintarnya sendiri untuk kegunaan akan datang.Menjelang tahun 2017 pula,Huawei mengatasi syarikat gergasi Apple dan menjadi pengeluar telefon pintar ke-2 terbesar di dunia mengatasi kedudukan ke-3 iaitu BBK Elektronik yang mengendalikan telefon pintar jenama Oppo , OnePlus dan Vivo.



Secara asasnya jenama Huawei itu sendiri diterjemahkan daripada perkataan China yang bermaksud 'flower' atau 'bunga'.Sekiranya diperhatikan pada logo Huawei sendiri,terdapat logo berbentuk bunga melambangkan nama Huawei.Karakter di dalam logo Huawei itu sendiri melambangkan 'kemegahan' dan 'kekayaan'.

Pada tahun 2011,Huawei mengumumkan keuntungannya meningkat sebanyak 30% pada tahun 2010 di mana ianya meningkat sebanyak 23.76 billion USD.


Ren Zhengfei merupakan presiden dan pengasas kepada Huawei sejak bermulanya legasi Huawei pada tahun 1987.


Itu merupakan pengenalan serba ringkas berkaitan Huawei,sebuah syarikat daripada China yang sememangnya bukan calang-calang latar belakang.


Telefon Pintar Huawei Oktober 2017

Huawei sememangnya tidak ketinggalan di dalam menaiktarafkan setiap produk keluarannya.

Bagi sebuah smartphone,kehebatan pada smartphone bukan bergantung kepada bentuk luarannya walaupun kelihatan canggih.Apa yang penting adalah ciri dan spesifikasi sistemnya yang unik dan berkeupayaan luar biasa.Itu yang dicari oleh pengguna smartphone.

Mungkin pada pengguna yang tidak mementingkan kemajuan teknologi smartphone,cukup sekadar smartphone yang dimiliki boleh membuat panggilan , menghantar mesej pesanan ringkas dan mempunyai sambungan internet serta dapat memasang aplikasi seperti WhatApps dan sebagainya.

Namun bagi pengguna yang amat meminati kemajuan teknologi sebuah smartphone yang memiliki spesifikasi yang tinggi,Huawei merupakan salah satu produk terbaik yang boleh dimiliki.

Sebuah telefon pintar atau smartphone dievolusikan dari semasa ke semasa dimana ianya dinaiktarafkan dari segi keupayaan pembangunan cip utamanya seperti Cip Pemprosesan , Jumlah Memori , Rekaan dan sebagainya.

Namun Huawei tidak ketinggalan di dalam arus evolusi smartphone.Huawei mula memperkenalkan tiga (3) model terbarunya pada 2017 ini iaitu Huawei Mate 10 , Mate 10 Pro dan Porche Design Mate 10.Kemunculan ketiga-tiga model ini melonjakkan lagi jenama Huawei di mata dunia.

Disini Hujan Emas menyertakan beberapa spesifikasi khas yang ada pada model Huawei ini.Mungkin ada pengguna yang berkenan.




Ciri Artificial Intelligence (AI)

Ciri Artificial Intelligence (AI) diimplankan ke dalam ketiga-tiga model telefon pintar Huawei ini sehinggakan seolah-olah telefon pintar itu merupakan sebuah robot pembantu yang berguna.

Fungsi AI di dalam ketiga-tiga model ini bukan sahaja tertumpu pada unit pemprosesannya sahaja malah turut melibatkan seluruh perisian yang akan memudahkan pengguna.

Sebagai contoh,pengguna mahu menterjemahkan bahasa sama ada melalui arahan berbentuk suara atau teks.Sistem AI yang dimiliki oleh model ini membenarkan kepantasan terjemahan sehingga 300% lebih pantas berbanding perisian terjemahan pada peranti pintar yang lain.Apa yang menariknya ialah sistem terjemahan model Huawei ini boleh digunakan menggunakan kaedah 'offline' dan 'online'.Kesemuanya dikendalikan oleh sistem AI.

Sehingga kini,sebanyak 50 bahasa disokong termasuklah bahasa Malaysia hasil kerjasama Huawei bersama Microsoft.Bukan itu sahaja,sistem AI pada model Huawei ini turut menyokong keupayaan terjemahan berdasarkan Google dan sambungan internet.



Menyediakan Mod PC

Kebanyakan model smartphone pada masa kini memerlukan dok atau 'port' khas untuk pengguna memuatkan peranti sebelum menyambungkan kepada monitor untuk dijadikan sebagai PC namun tidak pada semua peranti pintar.

Bagi model Huawei Mate 10,ianya boleh dijadikan sebagai CPU dengan sambungan satu kabel.Dengan menyambungkan model Mate 10 menggunakan kabel kepada monitor,peranti Mate 10 dapat dijadikan satu CPU lain yang berfungsi sebagai komputer.

Segala urusan dan kerja boleh dipindahkan dan dimuat turun dengan pantas bersama kelengkapan kerja lain seperti pembentangan kertas kerja digital , perkongsian fail , pemindahan fail dari folder dan lain-lain.

Screen peranti Mate 10 pula akan bertukar fungsi kepada 'touchpad' atau papan sesentuh seakan-akan pengguna menggunakan laptop untuk menggerakkan anak panah mouse.

Sistem operasi Mate 10 begitu lancar dan tidak memerlukan muat turun tambahan lain yang lebih rumit serta mempunyai keupayaan membaca fail utama.



Paparan screen tanpa 'sempadan'

Pada ketika ini terdapat banyak model peranti pintar sebegini terdapat dipasaran.Kebiasaannya didatangkan dengan saiz yang besar namun lebih pada 'body' sahaja namun screen lebih kecil.

Bagi Huawei Mate 10 Pro dan Porche Design Mate 10 ia memiliki screen bersaiz 6 inci 2160 x 1080 piksel yang dioperasikan dengan screen OLED HDR dimana nisbah screennya 18:9.Paparan screen cukup lebar untuk menonton video , dua screen ruang kerja dan untuk permainan 'game'.

Pada hakikat sebenarnya,screen bersaiz besar itu dipasang pada keseluruhan 'body' peranti itu yang bersaiz 5.5 inci sahaja.

Bagitu juga dengan model Mate 10.Saiz screen 5.9 inci daripada jenis 2K (2560 x 1400 piksel) RGBW HDR bernisbah screen 16:9.

Jika diperhatikan saiz 'body' Mate 10 Pro,ia mempunyai rekaan sepanjang 154.2 mm dengan lebar 74.5 mm namun screen yang ditawarkan bersaiz 6 inci serta 18:9 jika dibandingkan dengan iPhone 8 Plus pula bersaiz sepanjang 158.4mm dengan lebar 78.1 mm tetapi ditawarkan dengan screen bersaiz 5.5 inci sahaja (16:9).



Sambungan Internet lebih laju

Bagi model Huawei kali ini,ia menjanjikan sambungan internet yang cukup pantas dan efisien dengan bantuan keupayaan ciri 4 x 4 MIMO , 256QAM serta 3CC CA iaitu spesifikasi teknikal pada komponen rangkaian terbina di dalam model Huawei ini.Ia akan membolehkan pengguna menikmati  keupayaan telefon pintar 4.5G 1.2Gpbs Cat. 1.8 yang cukup tinggi.

Secara puratanya,model Huawei ini menjanjikan kelajuan sambungan internet sepantas 1.2Ghz yang menyokong sistem booster.Pengguna hanya perlu mendapatkan sim kad yang menawarkan keupayaan sambungan internet 4G sahaja kerana telefon pintar model Huawei ini menyokong keupayaan sambungan 4.5G.Jauh lebih pantas daripada 4G.




Dua kad SIM yang menyokong 4G kedua-duanya

Bagi model Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro,ia didatangkan dengan dua (2) slot kad SIM.Sekiranya diperhatikan pada mana-mana model telefon pintar juga ada menawarkan dua (2) slot kad SIM.Kedengaran seperti tidak ada apa yang menarik bagi model Huawei ini.

Tetapi jangan menilai dari rupa.Walaupun model ini menawarkan dua (2) slot kad SIM seperti kebanyakan telefon pintar lain tetapi uniknya kedua-dua slot kad SIM bagi model Huawei ini menyokong kesemua kelajuan rangkaian internet iaitu 2G , 3G dan 4G LTE.Ini bermakna kedua-dua slot ini menyokong keupayaan yang sama berbanding telefon pintar yang lain.

Malahan,model Huawei ini merupakan yang pertama di dunia memperkenalkan ciri dwi 4G dwi VoLTE.



Isyarat GPS tidak akan terganggu

Seperti telefon pintar yang lain,sekiranya pengguna memasuki di dalam terowong , di dalam hutan atau di mana-mana kawasan yang menyukarkan jaluran GPS untuk sampai ke telefon pintar , pastinya peranti tidak akan mendapat isyarat GPS dan sambungan akan terputus.

Lain kisahnya bagi model Huawei ini.Keupayaan GPS model Huawei ini dibantu oleh Huawei Geo di dalam semua model yang mempunyai unsur sensor navigasi yang pelbagai berdasarkan GPS , WiFi , G-Sensor dan Gyro.

Ini bermakna peranti Huawei ini akan mengekalkan posisi aplikasi berdasarkan sambungan GPS seperti Google Maps , Waze dan banyak lagi aplikasi yang menggunakan sistem GPS.Yang uniknya,sambungan GPS ini tidak akan terganggu walaupun tanpa isyarat yang kuat.




Keupayaan bateri yang tahan lama

Kelebihan ini diutamakan pada pengguna yang benar-benar aktif menggunakan peranti pintar ini.

Mengikut maklumat awal daripada Huawei,model Huawei Mate 10 mempunyai penambahbaikan pada bateri sebanyak 30% berbanding Mate 9.

Ini bermakna,seorang pengguna benar-benar aktif menggunakan telefon pintar ini boleh menggunakan peranti ini selama sehari suntuk manakala dalam penggunaan biasa atau 'idle' peranti ini mampu bertahan selama dua (2) hari.

Sebenarnya ia diproses secara AI.Sistem AI memproses maklumat pada bateri yang berkapasiti 40000mAh dengan pengurusan tenaga yang cekap dan pintar.AI turut dibantu oleh sistem pemprosesan rendah tenaga Kirin 970 yang membolehkan peranti ini memainkan video selama 22 jam , melayari internet selama 22 jam , panggilan telefon berasaskan 3G selama 25 jam dan memainkan muzik selama 80 jam.

Untuk proses mengecas pula lebih pantas pada peranti ini iaitu pengecasan selama 30 minit , kapasiti bateri boleh mencapai sebanyak 58%.



Kamera cukup jelas dan berkualiti tinggi

Model Huawei kali ini menawarkan keupayaan fungsi kamera yang cukup hebat.Keupayaan kameranya membabitkan kerjasama antara Huawei dan Leica.Dwilensa baru yang sememangnya mengagumkan.Bukaan apertur kamera pada f1.6 yang pertama di dunia dengan gabungan resolusi 12MP bagi RGB serta 20MP bagi monokrom.

Ini bermakna pengguna peranti ini boleh memperolehi hasil gambar 'depth of field' yang cukup cantik dan menawan , hasil gambarnya begitu teliti dan terperinci , fotografi pada pencahayaan rendah serta imej tanpa kabur.

AI memainkan peranan yang sangat penting di dalam model ini.Sistem AI akan memproses setiap imej apabila ia mengesan sehingga 13 jenis objek yang dirakam termasuk imej haiwan , manusia , makanan , teks , langit , mod malam , pantai , matahari terbit dan potret.Kemudiannya AI akan 'mewarnakan' atau 'rendering' imej tersebut secara asli.Ini akan menghasilkan kualiti imej yang cukup hebat seakan-akan ianya hidup dan seperti menggunakan kamera DSLR beresolusi tinggi.

Ciri AI Swafoto menghasilkan imej potret yang terperinci dan menghasilkan imej potret lebih baik walaupun terdapat lebih daripada seorang di dalam imej yang diambil.



Produktiviti lebih meluas

Kepuasan pengguna adalah menjadi keutamaan.Dengan screen selebar 18:9 untuk model Mate 10 Pro sudah cukup mengujakan dan untuk membaca teks lebih jelas.Sebagai contoh pengguna mahu membaca email.Cukup sekadar melintangkan peranti ini dan bahagian pada screen akan berubah iaitu di sebelah kiri ia akan memaparkan senarai email manakala di sebelah kanan pula ia akan memaparkan email penuh.

Peranti Huawei ini tidak berhenti disitu sahaja.Pengguna juga boleh memecahkan aktiviti peranti kepada dua (2) screen.Sebagai contoh,pengguna boleh menonton video sebelah kiri screen manakala membalas teks di screen sebelah kanan.Senang kata,peranti ini menyokong keupayaan 'multitasking'.


Huawei EasyTalk

Sistem ini membolehkan model ini mengesan suara daripada pengguna dan menjadikan suara pengguna lebih jelas ketika membuat panggilan walaupun dalam keadaan berbisik.

Ketangkasan di dalam model ini membolehkan pengguna tidak perlu bercakap dengan kuat ketika membuat panggilan.Sistem ini juga dioperasikan menggunakan AI yang cukup cekap dan efisen.



Kredit :




 Hujan Emas : Kemajuan arus teknologi begitu cekap sehingga terwujudnya Artificial Intelligence (AI) sebagai pembantu digital kepada manusia.Malahan AI juga turut diimplankan di dalam sebuah telefon pintar untuk kemudahan manusia.Jangan kita menjadi semakin malas sudah.Kerana semua kerja diselesaikan oleh robot dan digital.Dunia semakin maju.

0 comments: