iPhone 8 Dan X Satu Era Teknologi


Siapa yang tak kenal jenama iPhone?Jenama yang boleh dikatakan antara jenama yang besar melakar nama dengan pengasasnya,Steve Job yang merupakan pengasas syarikat Apple.

Apa yang menariknya ialah produk terbaru dari Apple adalah iPhone 8 dan X.Apa yang hebatnya tentang peranti ini?
Tiada butang "Home" dan unlock phone terus menggunakan Face-ID adalah salah satu ciri hebat yang terdapat pada iPhone X (ada yang mengatakan ini adalah iPhone 10).Face-ID merupakan ciri dimana ia akan mengesan wajah pengguna yang telah ditetapkan pada setting.Maknanya kamera yang digunakan bukan calang-calang.





Ia menggunakan teknologi kamera inframerah (infrared) dengan rangkaian 'neutral' dan data tidak akan disimpan oleh web.

iPhone X turut menggunakan paparan screen Super Retina yang menyokong HDR dalam siri Dolby Vision serta HDR10.Puas hati tengok movie ni.






iPhone X juga turut mempunyai puluhan emoji yang menukarkan wajah pengguna kepada imej kreatif.Paparan screennya juga penuh dibahagian hadapan meliputi keseluruhan permukaan dengan bersaiz 5.8 inci.

Kamera hadapan didatangkan dengan resolusi 7 megapiksel dan kamera belakang 12 megapiksel serta fungsinya iPhone X boleh dicas tanpa menggunakan wayar (Qi Charger).Artikel Qi Wireless pernah diterbitkan oleh Hujan Emas pada 21 September
sekiranya ingin mengetahui bagaimana ia berfungsi.

Bukan itu sahaja,iPhone X juga mempunyai ciri Potret Photo Lighting pada kamera hadapan untuk swafoto.Kira macam ambil gambar kita seorang sahaja.




Kamera belakangnya juga didatangkan dengan dwikamera dengan lensa f2.4 dan f1.8 menjadikan hasil pengambaran lebih cantik dan menarik.Imej jadi lebih tajam.

Difahamkan,ia akan dijual pada harga anggaran bermula RM4,299 dengan tawaran kapasiti 64GB.




Tak cukup dengan iPhone X,Apple turut mengeluarkan satu lagi produk mereka yang berprestij iaitu iPhone 8 yang lebih canggih dari versi sebelumnya.

Apple secara rasminya memperkenalkan iPhone 8 dan 8 Plus yang didatangkan dengan variasi warna silver,space grey (kelabu) dan rose gold (emas ros).

Kameranya diresolusikan dengan dwikamera 12megapiksel dengan fungsi autofokus yang pantas dan automatik dengan pencahayaan rendah serta pemprosesan piksel yang lebih baik.Buat julung kalinya,sistem 'multiband noise' diperkenalkan di dalam iPhone 8 ini.

Selain itu,ciri kamera yang turut didatangkan ialah Potret Photo Lighting yang membolehkan pengguna memilih sendiri effect pencahayaan yang mahu digunakan dan bukannya melalui 'filter'.Dah macam kamera DSLR pulak.Professional tu.

Pembesar suara juga turut dinaik taraf 25% lebih kuat berbanding iPhone 7.Yang paling best,keupayaan rakaman videonya adalah 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps.Memang terbaik dia punya HD.Dah boleh buat filem sendiri lah.



Cip A11 yang dihasilkan antara pemprosesan yang paling pantas terdapat di dalam iPhone 8 ini bersama keupayaan teknologi AR (Augmented Reality) yang lebih lancar dan baik.Kira macam main Pokemon Go tu teknologi dia.




iPhone 8 akan dijual pada harga yang bermula pada anggaran RM3,099 manakala iPhone 8 Plus akan bermula pada harga anggaran RM3,499 dengan kapasiti 64GB hingga 256GB.Besar kapasiti dia.Puas hati tu.


Kredit :





Hujan Emas : Harga iPhone X,8 dan 8 Plus bukanlah calang-calang punya harga.Mereka yang berkemampuan dan yang berjimat cermat mungkin dapat memiliki peranti berteknologi tinggi ni.Sebab penghasilannya begitu berteknologi tinggi.Kalau dapat memang puas hati.Admin?Alaa pakai Nokia 3310 yang baru tu jer..janji boleh call,mesej sudah.

0 comments: