Jenama Tudung Paling Laris Untuk Si Gadis



Pada masa kini,gaya bertudung sudah menjadi satu fenomena yang sangat hebat dan kelihatan anggun apabila digayakan.Ia menjadi satu fesyen yang cukup menampakkan imej feminin pada si pemakai.

Hujan Emas membawakan beberapa jenama tudung yang popular yang menjadi rebutan si gadis yang boleh digayakan dan menampakkan lagi gaya feminin dan kelihatan cantik sepanjang masa.
Terdapat banyak lambakan pelbagai jenama tudung dan shawl di pasaran yang terus mendapat sambutan sama ada dijual di butik atau atas talian.Malahan jenamanya sendiri juga boleh mencetuskan fenomena sehingga mampu mengumpulkan peminat-peminatnya sendiri seperti di Instagram , Facebook , Twitter dan lain-lain platform.

Pada 6 Oktober,Hujan Emas telah menerbitkan artikel bergaya dengan topi cara Hijabista , kini artikel yang Hujan Emas bawakan lebih feminin dengan gaya bertudung dan pelbagai variasi.

Dengan gayanya tersendiri,ia dapat memenuhi keinginan wanita untuk berhijab dengan gaya dan fesyen yang diingini sehingga dapat merancakkan lagi industri fesyen islamik.

Antara fenomena yang dicetuskan oleh jenama tudung yang hebat ini adalah melalui iklan , model atau selebriti yang menggayakannya kelihatan anggun dan kelihatan feminin.Selain itu,penggunaan hashtag (#) atau OOTD (Outfit Of The Day) di laman sosial juga turut mempengaruhi kekuatan fenomena jenama-jenama popular ini.

Terutamanya selebriti yang menggayakannya memuat naik gambar menerusi hashtag menarik minat si gadis terutamanya di laman Instagram.Hujan Emas membawakan beberapa jenama tudung popular yang menjadi rebutan si gadis yang terdapat di Instagram.Semuanya cantik-cantik dan terserlah gaya keanggunannya.



DuckScarves




Naelofar Hijab




Fareeda




Aidijuma Scarf




Sugarscarf




Radiusite




Owl By Nora Danish



Tudungpeople




Ariani




Twinkle by Elfira



Cakenis



Ameera Zaini




BAWAL EXCLUSIVE




ALHUMAIRA




TUDUNGRUFFLE




Kesemua jenama-jenama tudung yang cukup popular ini berjaya menarik beratus-ratus kumpulan peminatnya tersendiri.Dari segi corak,variasi,warna dan keunikannya tersendiri , ianya cukup mengujakan dan menjanjikan satu kepuasan kepada si pemakainya.

Bukan sahaja menjanjikan keselesaan malahan juga menjanjikan gaya fesyen terkini dan kelihatan anggun dan menawan sepanjang masa.



Kredit :




Hujan Emas : Si gadis yang menggayakan pelbagai variasi tudung memang cukup menawan dan memiliki keanggunan yang tersendiri.Siapa bilang gadis melayu tak menawan,bak kata Jamal Abdillah.Malahan terdapat berbagai-bagai jenama tudung popular yang menjanjikan keunikannya tersendiri.Siap ada butik sendiri.Dah boleh senang cari.

0 comments: