Bagi mereka yang memiliki komputer peribadi sama ada dekstop ataupun laptop,pastinya mereka paling tidak menggemari prestasi komputer yang begitu lambat dan "slow".Bukan sahaja tidak dapat menyiapkan kerja tepat pada masa malahan mengambil masa yang begitu lama walaupun nak buka satu folder.
Apa penyelesaiannya?
Sistem komputer merupakan satu sistem yang kompleks untuk difahami.Disusun dalam bentuk kod yang akan diterjemahkan oleh komputer untuk menjalankan satu-satu operasi.
Banyak program yang diarahkan,banyak jugalah kod arahan yang akan diterjemahkan oleh komputer.Tetapi itu diluar bidang topik kita untuk memahami proses komputer beroperasi.
Yang menjadi masalah ialah prestasi komputer menjadi "slow" atau berat dan melambatkan urusan bahkan akan memakan masa yang cukup lama walaupun sekadar membuka satu folder.
Hujan Emas kali ini membawakan beberapa cara dan tips untuk meningkatkan lagi prestasi dan kelajuan komputer peribadi.
Buang Program yang tidak digunakan
Sebenarnya banyak program yang tidak digunakan atau jarang-jarang digunakan.Seperti komputer baru.Walaupun kelihatan seperti tidak ada apa-apa program di dalam tetapi sebenarnya ada program yang tidak kita gunakan tanpa pengetahuan pengguna.
Sesetengah program akan menjalankan program secara background atau secara senyap tanpa pengetahuan pengguna apabila pengguna menghidupkan komputer.
Cuba kenal pasti dimana dan apakan program yang tidak digunakan dan buangkan saja (Uninstalled).
Caranya adalah seperti :
Windows Button > Control Panel > Program > Uninstalled Program
Paparan akan menunjukkan senarai program yang siap terpasang di dalam sistem komputer.Kenal pasti kegunaan setiap program dan buangkan program yang tidak perlu.Ini akan menjimatkan lagi masa komputer anda untuk beroperasi.
Padam Temporary File
Ramai yang menyangka "temporary file" atau fail sementara hanyalah sekadar di Recycle Bin sahaja.Sebenarnya Recycle Bin adalah satu folder khas dimana pengguna yang sudah memadam fail yang tidak diingini namun boleh dikembalikan semula selagi dokumen yang ada di dalam Recycle Bin tidak dipadam.
Temporary File terletak di dalam Local Disk C: di dalam My Computer.
Sistem komputer menjadi lambat kerana sistem akan turut membaca Temporary File yang secara keseluruhannya tidak digunakan.Untuk mengurangkan jumlah masa yang diambil oleh sistem untuk membaca keseluruhan file,padamkan kesemua Temporary File yang ada.
Caranya paling mudah adalah :
1 - Klik Windows button pada keyboard serentak dengan huruf "R".Paparan kecil "Run" akan muncul di bahagian bawah sebelah kiri monitor.
2 - Kemudian,taip "temp" pada ruangan Run dan klik Enter.Satu folder akan dipaparkan yang memiliki banyak file yang tidak diketahui fungsinya.Padamkan kesemua.
3 - Ulangi Step 1 dan taip "%temp%" pula.Satu folder akan dipaparkan yang memiliki banyak file yang tidak diketahui fungsinya.Padamkan kesemua.
4 - Ulangi lagi Step 1 dan taip "prefetch" pula.Satu folder akan dipaparkan yang memiliki banyak file yang tidak diketahui fungsinya.Padamkan kesemua.
Jadi secara keseluruhan,terdapat tiga (3) folder ini iaitu temp , %temp% dan prefetch.Padamkan kesemua file yang ada di dalam ketiga-tiga folder ini.Ketiga-tiga folder ini bertujuan menyimpan kesemua Temporary File yang tidak digunakan.
Antara ketiga-tiga folder ini,ada folder yang akan meminta kebenaran Administrator.Sekiranya komputer anda disetkan dengan Administrator,masukkan User Name dan Password dahulu untuk meneruskan proses memadam Temporary File.
Dan sekiranya komputer anda tidak diset Administrator,proses akan berjalan sehingga akhir tanpa ada sebarang sekatan dari Administrator.
Pastikan Saiz Hard Drive Bersesuian
Memang benar sekiranya saiz Hard Drive yang besar akan membuatkan jumlah memori komputer anda juga lebih besar terutama Local Disk C:. Namun harus diingatkan,semakin besar jumlah saiz Hard Drive yang dimiliki,semakin lama masa untuk sistem komputer anda untuk beroperasi selagi sistem belum habis mengimbas kesemua file yang ada di dalamnya.
Untuk menambah jumlah saiz memori komputer anda tidak perlulah membeli Hard Drive bersaiz besar untuk dijadikan Local Disk C.
Tambahkan Hard Drive berasingan daripada Local Disk C sama ada ia akan menjadi Local Disk D , E dan sebagainya.Hard Drive selain daripada Local Disk C adalah sebagai simpanan dan memori tambahan sahaja.Ia tidak akan mengganggu sistem operasi komputer.
Yang akan mengganggu sistem operasi komputer adalah Local Disk C yang hampir penuh atau sudah penuh kerana sistem cuma akan mengimbas file di dalam Local Disk C secara automatik apabila komputer dihidupkan.
Tambah jumlah saiz RAM
Sekiranya jumlah saiz Hard Drive komputer anda semakin tinggi,anda perlu meningkat jumlah keupayaan RAM komputer anda.RAM atau "Random Access Memory" berfungsi sebagai storan sementara memori yang anda gunakan pada ketika itu dan beroperasi apabila satu-satu program pada komputer anda sedang berjalan.
Namun,semakin banyak jumlah program yang beroperasi,semakin banyak jumlah saiz memori RAM akan digunakan.Sekiranya saiz RAM komputer anda tidak mencukupi,ini akan mengakibatkan sistem operasi komputer anda menjadi "slow" atau lambat.
Kebiasaannya komputer peribadi maksimum 2GB RAM dalam satu komputer biasa.Namun anda boleh menambah jumlah saiz RAM anda untuk menjadikan sistem operasi komputer anda lebih lancar tanpa tersangkut atau "slow" dan anda boleh mengakses program yang memerlukan saiz RAM yang lebih besar.
Buang habuk di dalam komponen komputer
Walaupun kedengaran seakan tidak ada kena-mengena habuk dengan sistem komputer namun sebenarnya ia mempengaruhi keupayaan sistem komputer anda beroperasi.
Di dalam komponen elektronik komputer terdiri daripada pelbagai jenis komponen termasuklah kipas.Kipas bertujuan untuk menyejukkan komponen komputer semasa komputer sedang beroperasi kerana aliran elektrik di dalam komponen elektronik menghasilkan haba.
Habuk terkumpul bermakna kipas komputer anda berfungsi dengan baik namun ianya memerangkap habuk di dalam komponen komputer.
Terlalu banyak habuk mengakibatkan suhu di dalam komponen komputer anda menjadi lebih tinggi dan menyebabkan sistem komponen yang lain akan beroperasi luar batasan dan bekerja lebih kuat terutama kipas.Hal ini juga boleh mengakibatkan sistem operasi komputer anda menjadi "slow".
Bukan itu sahaja,sekiranya suhu di dalam komponen komputer anda terlalu tinggi akan menyebabkan papan litar utama atau 'mother board' akan terbakar dan gagal berfungsi.
Ini adalah sedikit sebanyak info dan cara untuk melancarkan operasi sistem komputer anda menjadi lebih optimum dan lebih lancar.
Gunakan Anti-Virus
Penggunaan Anti-Virus sangat penting di dalam sesebuah sistem komputer kerana sistem ini akan mencegah jangkitan virus ke dalam komputer sekali gus mengelakkan kebarangkalian apa-apa kerosakan di dalam sistem.
Walaupun ada dikalangan pengguna tidak memasang Anti-Virus di dalam komputer namun tidak menerima jangkitan virus.Itu hanyalah nasib baik sahaja.Peluang untuk terkena jangkitan virus pada komputer yang tiada sistem Anti-Virus adalah 80% lebih tinggi berbanding yang memiliki Anti-Virus.
Fungsi virus hanya satu.Untuk merosakkan sistem operasi komputer.Apabila banyak sistem operasi sudah dirosakkan dan banyak file 'shortcut' muncul secara tiba-tiba,itu menandakan virus sudah mula menjangkiti dan akan menyebabkan sistem operasi komputer terganggu sekali gus menyebabkan prestasi komputer menjadi 'slow'.
Banyak cara jangkitan virus seperti melalui USB Drive , software dari internet dan lain-lain.Dengan adanya sistem Anti-Virus,sistem ini akan mengimbas kebarangkalian sistem operasi mendapat jangkitan atau tidak.
Kredit :
- http://www.businessinsider.com/10-ways-to-make-your-computer-run-faster-2013-12/?IR=T
- https://www.engadget.com/2016/12/11/7-ways-to-make-your-pc-more-powerful/
0 comments:
Post a Comment