Mobile Legend - Perlukah Upgrade Untuk Menang?


Dengan adanya smartphone yang semakin canggih di masa kini,kita mampu bermain permainan video di mana-mana sahaja.Antara permainan mudah alih di smartphone yang begitu popular di masa kini adalah Mobile Legend : Bang Bang.
Walaupun gaya permainannya santai dan tidak rumit namun ramai dikalangan pemain yang 'amateur' mengalami masalah untuk 'upgrade' watak di dalam permainan sekali gus mengakibatkan banyak kekalahan di dalam permainan.

Antara kelebihan bermain permainan Mobile Legend ini adalah permainannya santai dan seronok apabila bermain bersama rakan.Tak perlu sampai mengeluarkan modal yang tinggi hanya untuk membeli sebuah komputer dan bermain permainan video di rumah.

Jadi,tidak hairanlah jika permainan Mobile Legend ini mencatatkan jumlah muat turun yang tinggi di Play Store iaitu melebihi 50 juta jumlah muat turun.

Bagi pemain yang 'newbie' atau baru berjinak di dalam permainan ini kebiasaannya mempunyai minat untuk meneruskan permainan namun tidak tahu cara bermain permainan ini dengan lebih baik.

Lihat sahaja di internet terdapat banyak tutorial yang diajarkan untuk menambah baik kemampuan watak namun tidak semua yang kita fahami terutama peranan setiap watak di dalam permainan Mobile Legend ini.

Hujan Emas kali ini cuba mengupas beberapa tips permainan yang boleh digunakan bagi memudahkan pemain terutama pemain baru untuk 'upgrade' watak di dalam Mobile Legend.




Pilih Kelas Tersendiri

Perlu diingatkan,setiap karakter di dalam Mobile Legend terdiri daripada kelas (peranan) tersendiri.Terdapat lima (5) kelas yang berlainan peranannya iaitu pemanah , pelindung , pembunuh hendap , ahli sihir dan pahlawan.

Konsep permainan Mobile Legend hampir sama dengan permainan Dota 2 dan League of Legends.Namun bagi mereka yang tidak biasa dengan kedua-dua permainan ini,karakter Ahli Sihir (Mage) adalah yang paling sesuai dimainkan.Kerana karakter ini mempunyai set kuasa yang sangat mudah untuk difahami rentaknya dan ia juga mempunyai jangka masa yang singkat untuk 'recharge' atau digunakan semula.

Selain itu,karakter Ahli Sihir (Mage) mempunyai kemampuan untuk melakukan serangan yang berkesan tanpa perlu bersemuka dengan pihak lawan.Sekiranya pemain mampu memahami dan menguasai penggunaan ketiga-tiga kuasa yang diberikan,pemain juga akan mampu menyerang musuh dalam jarak jauh tanpa meletakkan karakter dalam situasi bahaya.Walaubagaimanapun,jumlah nyawa untuk karakter ini sangat terhad.Kerana itulah pemain perlu menguasai kesemua kuasa yang diberikan.

Kelebihan kepada pemain yang mempunyai kemampuan refleks yang baik,karakter pemanah adalah paling sesuai sebagai permulaan.Pemain hanya perlu mengawal karakter untuk memulakan serangan dengan menembak dan melarikan diri.Ini juga salah satu proses pembelajaran terbaik untuk pemain bagi menguasai karakter untuk menembak sambil jari pemain menggerakkan posisi karakter.

Karakter 'Layla' iaitu di bawah katagori 'Markman' juga begitu sesuai bagi 'amateur'.Karakternya mudah difahami dan begitu juga kuasanya.Kuasa besar bagi karakter ini berupa tembakan laser arus lurus menampakkan lagi imej kehebatan hero ini yang sesuai dimainkan oleh semua.



Sesuaikan Diri Dengan Mod Biasa

Sudah semestinya bagi seorang 'amateur' menginginkan mod permainan yang seronok dan sesuai dengan tahap penguasaan kemahiran pemain.Cuba belajar daripada awal dengan bermain di dalam mod lawan Artificial Intelligence (AI).

Mod ini membolehkan pemain berlatih bermain setiap hero atau karakter dengan keupayaan sendiri.Pemain boleh menetapkan tahap kesukaran AI dan gunakan hero yang sama berulang kali.Teknik ini akan membuatkan tahap pembelajaran pemain bertambah baik sehingga pemain benar-benar memahami teknik dan mekanisme permainan serta menguasai set kuasa karakter itu.

Selepas mahir menggunakan sekurang-kurangnya tiga (3) hero , cuba mencabar keupayaan pemain untuk bermain di mod Ranked tetapi pemain perlu bergandingan dengan rakan sepermainan.Ini akan memudahkan pemain untuk berkomunikasi selain dapat memahami objektif permainan yang mementingkan kerjasama satu pasukan.

Namun harus diingatkan,mod Ranked ini lebih sukar kerana pemain akan ditemukan dengan musuh yang juga pemain lain di rantau Asia Tenggara.Semestinya keupayaan mereka sangat berbeza berbanding dengan keupayaan AI tadi.



Perhatikan Posisi

Dalam permainan lima (5) lawan lima (5) , berbincanglah sesama rakan sepasukan mengenai strategi perlawanan.Contohnya,pemain boleh memilih laluan tengah untuk karakter pemanah.Ini kerana karakter ini sangat sesuai untuk berada di tengah yang kurang berisiko untuk berdepan dengan situasi bahaya.

Selain itu,cuba perhatikan serangan hendap dari kawasan semak samun di sekitar sungai.Yang bahayanya,pihak musuh berupaya bersembunyi di dalam kawasan itu.Jadi,sentiasa beringat untuk berada berdekatan dengan menara pertahanan dan pemain hanya perlu 'push' jika kebanyakan musuh berada di laluan lain.

Jika pemain memainkan peranan karakter Ahli Sihir (Mage) , pastikan jarak karakter itu dengan pihak musuh agak jauh untuk menggunakan kuasa tanpa memberi risiko kepada karakter.Selain itu,tunggu waktu yang sesuai untuk gunakan kuasa besar karakter.Contohnya , simpan kuasa besar karakter itu ketika bar merah dan gunakannya apabila musuh berada berdekatan antara satu sama lain.

Bagi karakter Role pelindung pula , posisi yang tepat adalah di depan bertujuan untuk menadah segala jenis serangan.Manakala,pembunuh hendap pula perlu menunggu waktu yang sesuai untuk masuk ke dalam gelanggang pertarungan iaitu pada ketika semua musuh mempunyai jumlah nyawa kurang daripada separuh.



Pastikan Sambungan Internet Stabil

Oleh kerana permainan Mobile Legend ini adalah permainan 'online' , semestinya ia memerlukan sambungan internet yang baik.Hal ini kerana secara keseluruhan permainan memerlukan sambungan internet yang boleh dikatakan dalam keadaan yang stabil dan baik.Ini bertujuan mengelakkan daripada pemain terputus sambungan internet ketika bertempur dengan musuh.Apa yang lebih menggusarkan,sekiranya sambungan internet terputus ketika pemain hampir memenangi perlawanan,pemain hilang kesemuanya dan perlu mula daripada awal semula.Tak ke rasa nak menangis tu.



Gabungkan kesemua jenis Hero di dalam Team

Pemilihan jenis hero perlulah berdasarkan kuasanya dan bukannya rupa.Ada sesetengah pemain mahukan penampilan heronya kelihatan gagah dan kacak seperti Alucard atau Yun Zhao sedangkan gaya permainan pemain memerlukan Cyclops.

Tidak dinafikan hero tersebut sememangnya hebat tetapi pemain perlu menggunakan hero bersesuaian dengan corak permainan pemain itu sendiri.

Dan apa yang paling penting adalah peranan atau skill karakter tersebut.

Pemain perlu beringat,setiap team memerlukan peranan Tanker , Assassin , Marksmen dan Mage.Tidak perlulah satu team itu kesemuanya Assassin.Ini bukan permainan Assassin Creed.Ini adalah RPG yang memerlukan kesemua peranan karakter dan strategi permainan yang baik mengikut kemampuan karakter masing-masing.

  • Tank - Kebiasaannya berada barisan hadapan.Bertujuan menerima segala jenis serangan.Sesuai untuk memulakan serangan.
  • Marksman dan Assassin - Memiliki serangan terbaik tetapi nyawanya adalah terhad dan sedikit.Sangat sesuai untuk memusnahkan menara pertahanan.
  • Mage - Memiliki keupayaan membunuh yang terbaik tetapi nyawanya sedikit lemah.Sesuai digunakan sekiranya terdesak atau boleh dimainkan untuk 'All-Out'.
  • Fighter - Keupayaan karakter ini bergantung kepada senjata yang digunakan.Adakalanya ia boleh menjadi bebanan kepada team sekiranya pemilihan senjata tidak tepat.





Pilih Emblem Yang Sesuai Dan Terbaik Untuk Hero

Setiap Emblem mewakili pelbagai fungsi , tugas dan gaya permainannya tersendiri.Pemain perlu mengenal pasti Emblem yang manakah yang diutamakan untuk 'upgrade' dan menetapkan Emblem dengan hero pemain.

Di dalam keseluruhan permainan Mobile Legend,terdapat beberapa Emblem yang sesuai yang diserasikan dengan karakter seperti :
  • Physical Emblem - Chou , Yun Zhao , Alpha , Balmond dan Sun
  • Magic Emblem - Eudora , Nana , Estes , Rafaela , Aurora , Kagura , Cyclops dan Gord
  • Tank Emblem - Hilda , Franco , Balmond , Tigreal , Akai , Minotaur , Johnson dan Lolita
  • Jungle Emblem - Layla , Miya , Alucard , Clint , Yun Zhao , Yi Sun Shin , Natalia , Bruno dan Moskov
  • Magic Assassin - Eudora , Aurora , Gord , Kagura dan Alice
  • Fighter Emblem - Layla , Miya , Alucard , Clint , Yun Zhao , Yi Sun Shin , Natalia , Bruno dan Moskov
  • Roamer Emblem - Natalia , Hayabusa dan Saber



Gunakan Battle Spell Dengan Tepat

Penggunaan Battle Spell dengan tepat dan serasi pada hero pemain juga mempengaruhi keupayaan hero dan corak permainan.
  • Retribution - Fighter
  • Execute - Fighter
  • Fury - Marksman
  • Assault - Tank / Marksman
  • Healing Spell - Support / Tank
  • Interference - Tank / Fighter
  • Stun - Fighter / Marksman
  • Purify - Support
  • Weaken - Mage
  • Flicker - Fighter
  • Arrival - Battle Spell ini lebih kurang seperti teleport
  • Iron Wall - Gunakan semasa pemain menerima sebahagian besar serangan dari musuh.





Beli Equipment Yang Sesuai

Selain daripada kemahiran pemain itu sendiri,penggunaan Equipment yang bertepatan dengan karakter pemain juga amat penting dalam memastikan karakter pemain beraksi dengan hebat dan menepati dengan keupayaan pemain.

Mobile Legend menyediakan pelbagai set Equipment yang boleh dibeli oleh pemain seperti Penembusan Serangan , Pantaskan Pergerakan , Mencuri Nyawa dan banyak lagi.



Pemilihan Lane (Lane Pushing)

Ini adalah permainan strategi dan amat memerlukan strategi berperang yang baik.Silap langkah,kalah.

Di dalam permainan Mobile Legend : Bang Bang ini terdapat tiga (3) jenis laluan iaitu Top Lane , Mid Lane dan Bottom Lane.

Istilah "Lane Pushing" merupakan satu gelombang 'minion' iaitu minion datang secara berterusan bagi membantu pemain untuk mengepung serta memusnahkan menara pertahanan musuh tanpa kehadiran pemain itu sendiri.

Syaratnya adalah pemain terlebih dahulu membantu minion dengan memusnahkan minion pihak lawan supaya minion pemain tidak tercedera.

Pemain perlu memastikan laluan tersebut selamat dan selepas itu serahkan kepada minion untuk bertindak dan melakukan serangan.



Jangan terburu-buru

Sabar amat diperlukan di dalam permainan ini.Dalam erti kata lain,pemain perlu bersabar ketika melakukan serangan dan memerlukan daya pemikiran agar strategi yang diatur mengikut perancangan.

Sekiranya gagal dalam bersabar akan mengakibatkan pemain dan rakan sekumpulan menjadi gagal dan tewas di dalam gelanggang pertempuran.Sabar.



Fokus untuk meningkatkan Level

Sebagai seorang pemain yang berstrategi,apa yang perlu dititik beratkan adalah fokus untuk meningkatkan Level masing-masing.

Kenal pasti tentang objektif yang dapat meningkatkan Level karakter pemain seperti :
  • Hapuskan minion pihak musuh
  • Hapuskan monster di dalam semak samun (Jungle)
  • Hapuskan pihak musuh (Misi Utama)
  • Musnahkan menara
Setiap Level itu juga mempunyai Level Maksimum iaitu Level 15 dan setiap satu Level akan meningkatkan skill hero pemain seperti :
  • Skill 1 dan 2 - enam (6) level diperlukan
  • Skill Paling Hebat - tiga (3) diperlukan




Tebus Ganjaran yang diberikan

Ganjaran pasti akan diberikan.Tidak perlulah untuk disimpan.Tebus dan gunakan sebaik mungkin.Ganjaran akan diberikan di dalam bentuk peti harta karun dan antara salah satu bentuk ganjaran yang diberikan seperti Battle Point , Ticket , Magic Emblem , Magic Dust dan banyak lagi.

Selepas ditebus,kebiasaannya peti tersebut akan diisi semula dalam tempoh empat (4) jam permainan.



Hapuskan Turtle dan Blue Knight (The Lord)

Ini dua (2) perkara yang sering diabaikan oleh pemain baru terutamanya.Sekiranya pemain dapat menghapuskan kedua-duanya ini,pemain akan diberikan beberapa kelebihana untuk pemain dan pasukannya.

Hapuskan Turtle - Diberikan emas tambahan kepada pasukan pemain

Hapuskan Blue Knight (The Lord) - Ia akan membantu pemain untuk memusnahkan menara pertahanan musuh.

Namun harus diingatkan , jangan menghapuskannya seorang diri.Cuba mengajak pasukan untuk menghapuskan kedua-duanya.Jika seorang diri,peluang pemain untuk menghapuskannya sangatlah nipis.




Jika pemain dapat membaca corak permainannya dan dapat menguasai rentak permainan,Mobile Legend akan menjadi satu permainan yang sangat menyeronoknya terutama apabila karakter pemain sudah mencapai ke tahap tinggi.


Kredit :



 Hujan Emas : Setiap permainan ada coraknya tersendiri.Hebat strategi pemain,hebatlah karakternya.Namun harus diingatkan,jangan sampai terlalu leka sehingga mengabaikan dunia realiti.Itu hanya hiburan semata-mata untuk menghilangkan stress dan tekanan.Jangan serius sangat.

0 comments: