Kemunculan Honda Civic Type R



Bagi peminat jentera Honda,pastinya kemunculan Honda Civic Type R sangat memukau dengan rekaannya yang lebih ganas dan sporty.

Bukan sahaja dari segi rekaannya malahan keupayaannya juga dinaik taraf sehingga ke peringkat tertinggi bagi jenama Honda.
Jenama ini dinobatkan sebagai kereta pacuan dua roda hadapan (FWD) terpantas di litar Nurburging , Jerman.Akhirnya Honda Malaysia mengesahkan akan membawa masuk All New Honda Civic Type R dan tempahannya sudah mula dibuka.

Jentera sporty ini juga menerima jolokan nama FK8R.Bukan itu sahaja.Keupayaan enjinnya dikendalikan oleh enjin 2.0L VTEC bersama Turbo Charger yang mampu mencapai kuasa maksimum sehingga 310PS pada 6,500 rpm manakala tork maksimum pula mampu mencecah sehingga 400Nm pada 2,500 rpm hingga 4,500 rpm.




Jentera transmisi manual enam kelajuan ini pastinya memikat hati individu yang gemarkan pecutan yang dinamik dan pantas seakan jentera lumba.Mod yang disediakan adalah Comfort , Sport dan +R yang disesuaikan dengan gaya pemanduan sama ada di atas jalan raya atau litar lumba.

Antara ciri menarik yang ada pada Honda Civic Type R ini adalah ianya dibangunkan daripada model Civic Hatchback termasuk 3-Way Exhaust System yang memberikan bunyi mengaum yang lebih garang.

Pada kelajuan rendah dan sederhana,ekzos akan mengeluarkan bunyi yang garang manakala pada kelajuan tinggi , kadar bunyi dikurangkan bagi keselesaan pemandu.





Tambahan lagi,keempat-empat roda pula dipadankan bersama sistem brek berprestij tinggi Brembo 4 piston tayar depan dan satu piston pada tayar belakang.

Ciri-ciri keselamatan juga tidak diabaikan oleh Honda dengan mengimplankan enam (6) beg udara , Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) , Bantuan Mudah Mendaki (HSA) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Pengagihan Tekanan Brek Elektronik (EBD).

Seperti namanya,Type R lebih sinonim dengan perkataan 'Race'.Ianya satu nama khusus untuk kereta perlumbaan ikon Honda dan mula diperkenalkan pada tahun 1992.Kebiasaannya model Type R ini lebih ringan , berprestij lebih tinggi dengan kawalan yang terbaik berbanding model biasa.




Dari segi designnya pula memang sangat memukau ditambah dengan bentuk aerodinamik yang memudahkan pengaliran udara ketika memecut.

Penggunaan tayar Type R ini didatangkan dengan tayar Continental SportContact 6 dengan saiz 245/30ZR-20 dipadankan dengan saiz rim 20 inci cast-aluminium depan dan belakang bersama radius pusingan steering 14.9:1 dan 11.7:1 untuk kunci dan pusingan penuh.Tiada masalah untuk mengambil selekoh dengan kestabilan yang tinggi sebegini.

Walau bagaimanapun,Type R ini bukanlah satu jentera yang membosankan.Jentera ini turut didatangkan dengan spesifikasi audio yang tinggi lengkap dengan sambungan smartphone Android Auto dan Apple CarPlay.Sistem navigasi yang canggih dan 12 speaker audio.Butang hidup jentera ditukar kepada push-start button bersama LED lampu hadapan yang akan menyala apabila jentera dihidupkan.

Ruang pemandu dan penumpang juga diserasikan dengan kombinasi jalur merah dan hitam menampakkan lagi imej prestij yang tinggi dan menampakkan lebih elegen.



Ianya bukan lagi jentera Honda Civic yang biasa malahan ia turut dinaiktaraf ke peringkat tertinggi dari segi rekaan sehingga ke peringkat keselamatannya.Memang puas hati.



Kredit :
 


Hujan Emas : Jenama Honda sememangnya satu jenama yang tidak asing lagi dalam industri permotoran.Kesemua model Honda memang puas hati.Cuma mungkin harganya saja yang susah sikit kita nak dengar.Bagi yang mampu,mungkin boleh dengar.Yang kurang berkemampuan,pakai Saga pun da syukur.Cuma tak boleh saing-saing Honda laa apatah lagi Honda Civic Type R.

0 comments: