Bagi peminat permainan video atau 'gamers' , apa yang penting bagi mereka bukanlah hanya kualiti grafik permainan tetapi termasuk dari segala aspek.Kualiti grafik , 'story line' , konflik , 'weapon' , karektor banyak lagi aspek menjadi tumpuan bagi seseorang 'gamers'.
Setakat pada September 2017 , Hujan Emas memaparkan koleksi game terbaik dari pelbagai platform yang menjadi serbuan para 'gamers' ketika ini.Mungkin anda boleh mencari game ini dan mencubanya sendiri.
Game terbaik September 2017
Destiny 2
Daripada penilaian awal yang kurang memberangsangkan daripada 'Destiny 1.5' , Destiny 2 didatangkan dengan sekuel yang lebih dramatik , hebat dan dinaik taraf sehingga peringkat tertinggi pada ketika ini.
Permainan pertama kelihatan seperti sebuah prototype berbanding dengan dunia nyata yang lebih luas skopnya.Destiny 2 menyampaikan pengalaman FPS-RPG yang disokong oleh cerita yang sebenar dengan kualiti grafik yang lebih baik.
Destiny 2 juga didatangkan dengan kualiti pengenalan yang berbentuk senaman , fokus dan PvP yang lebih teliti.Apa yang penting adalah survive untuk hidup.
Absolver
Absolver merupakan permainan lain dari yang lain.Dari cara gerakan kombat yang lebih agresif dan dikawal dengan sempurna tetapi dari segi kawalan RPG nya sedikit berlainan daripada RPG yang biasa kita main.Struktur permainan menggunakan banyak elemen framework.Di dalam Absolver kali ini,pedang digantikan dengan tendangan dan tikaman yang lebih banyak digunakan berbanding versi sebelumnya.
Ini merupakan satu permainan yang selesa untuk bermain tetapi lebih mencabar kredibiliti seorang 'gamers'.Bagi 'storyline' nya pula mungkin kelihatan agak pendek tetapi sekiranya anda mempunyai penguasaan watak yang baik dan merangkumi keseluruhan permainan , watak anda akan menjadi lebih kuat dan terdapat banyak lagi cabang 'storyline' yang boleh anda pilih.
LawBreakers
Dengan lapisan grafik nya yang tinggi dan sangat details , LawBreakers mungkin menjadi igauan bagi seorang 'gamers'.Walau bagaimanapun,spesifikasi yang diperlukan pada PC sekiranya anda memasang di PC ianya memerlukan spesifikasi yang agak tinggi tetapi masih boleh dioperasikan.
Watak permainan LawBreakers agak pantas dan dinamik.Kemahiran penembak dengan tepat , sistem permainan yang kreatif dalam pertempuran , mencari kebebasan dan rekaan baju yang di 'polish' dengan besi bersinar menambahkan lagi igauan hebat bagi permainan ini.Lagi-lagi pula konsep ceritanya lebih kepada masa hadapan.
LawBreakers menjanjikan permainan RPG yang terbaik.Peringkat demi peringkat yang kita lalui,semakin sukar cabaran di dalam permainan ini.Melompat tinggi , melibas pedang dalam pertempuran , watak pembunuh upahan dan lain-lain menjadikan 'storyline' LawBreakers' lebih hebat.
Final Fantasy 14
Final Fantasy 14 : Stormblood ibarat sebuah teka-teki.Ini bermakna anda perlu lebih banyak berfikir ketika bermain permainan ini.Dalam 'storyline' yang agak kompleks dan banyak 'side quest' yang hampir kebanyakan pemain akan terlepas sekiranya tidak dihayati permintaan permainan ini.Walau bagaimanapun,permainan Final Fantasy 14 ini menjanjikan kualiti permainan yang ekstrem dan kawalan yang terbaik dari pemain.
Tidak banyak berubah dari versi Final Fantasy yang sebelumnya tetapi sedikit perubahan dilakukan pada 'story line'.Kena banyak bersabar sikit apabila bermain pemainan Final Fantasy 14 : Stormblood
Splatoon 2
Mungkin corak permainan Splatoon 2 ini kelihatan agak keanak-anakkan tetapi lebih kepada release stress.Sekiranya anda pernah bermain Splatoon 1,bagi versi Splatoon 2 ini tidak banyak yang berubah.
Ianya seolah-olah anda bermain simbah cat dengan warna yang pelbagai dan terdapat tempat-tempat yang perlu disimbah untuk mendapatkan markah tambahan.Permainan ini juga turut menyokong permainan atas talian (Online) bagi mengajak rakan bermain.
Splatoon 2 juga didatangkan dengan map , senjata dan paling menarik adalah pilihan baju yang pelbagai.Bagi permainan single-player , anda boleh bergerak berlawan dengan komputer.Anda juga boleh menguji senjata yang anda perolehi dan kegunaannya.
Assassin Creed
Pada tahun 2016 , Assassin Creed telah pun membuat sebuah filem berkaitan dengan pembunuh upahan yang hidup pada zaman Rome.Sebenarnya bagi Assassin Creed , terdapat banyak sekuel 'storyline' untuk Assassin Creed seperti Assassin Creed Bloodline , Assassin Creed Brother Hood , Assassin Creed Syndicate dan banyak lagi.
Sekiranya anda meminati versi Assassin Creed yang pertama,semestinya anda meminati kesemua sekuel Assassin Creed yang ada kerana konsepnya tidak banyak berubah melainkan 'storyline' nya sahaja yang berbeza.
Dari segi kawalan permainan,Assassin Creed menjanjikan kawalan watak yang baik dengan capaian navigasi yang mudah dan terdapat pada screen.Tetapi ada juga 'shortcut key' yang anda boleh hafal untuk senjata-senjata rahsia.
Monster Hunter
Bayangkan anda adalah seorang pemburu.Tetapi bagi permainan Monster Hunter , anda merupakan seorang pemburu haiwan berbentuk naga dan pelbagai lagi makhluk yang pelik-pelik.Semakin 'rare' haiwan yang anda buru , semakin tinggi nilainya.
Sama seperti Assassin Creed,Monster Hunter juga turut memiliki sekuel permainan yang banyak seperti Monster Hunter World , Monster Hunter Generation , Monster Hunter 4 Ultimate , Monster Hunter Freedom 2 dan lain-lain.
Sekiranya anda meminati permainan ini,semestinya anda akan sukakan kesemua sekuel corak permainannya.Apa yang menarik adalah pedang yang digunakan untuk memburu.
Medal Of Honor
Bagi seorang gamers yang meminati konsep permainan sharp-shooter,ini permainan cabaran untuk anda.Kepantasan anda dalam mengendalikan sebuah peperangan dan mengendalikan senjata api.
Medal Of Honor juga terdapat sekuel yang pelbagai seperti Medal Of Honor Warfighter , Medal Of Honor 2010 , Medal Of HonorAirborne , Medal Of Honor Vanguard , Medal Of Honor Heroes dan lain-lain.
Konsep permainan tetap sama iaitu berperang.Tetapi apa yang menarik adalah 'storyline' nya adalah berbeza dari setiap satu versi.Semakin tinggi level anda,semakin ramai musuh anda.
Call Of Duty
Call Of Duty juga merupakan salah satu dari permainan first person shooting.Bagi mereka yang gemarkan konsep permainan perang digital dan moden,ini mungkin sesuai untuk anda.
Konsep perang yang diterapkan adalah gaya moden dengan senjata yang canggih dan fungsi yang pelbagai ibarat senjata sebenar.Lampiran grafiknya yang tinggi menghasilkan kualiti skin yang begitu detail pada watak , senjata dan persekitaran.
Call Of Duty juga turut menawarkan banyak versi seperti Call Of Duty Black Ops , Call Of Duty WWII , Call Of Duty Infinite Warfare , Call Of Duty Black Ops II , Call Of Duty Advance Warfare , Call Of Duty Ghost dan lain-lain.
Konsep yang diterapkan tidak banyak perbezaan dengan Medal Of Honor iaitu perang.Bezanya adalah 'storyline' tetapi Call Of Duty menjanjikan suasana peperangan yang sebenar dan lebih realistik.Maknya,lebih sukar.
Tak kisah walau apa jua permainan video yang anda main,semestinya ia ada keunikan tersendiri.Setiap 'level' didatangkan dengan cabaran yang pelbagai dan tidak kurang juga 'storyline' yang semakin komplek dan sukar.
Antara kebaikan bermain permainan seperti ini adalah meransang percambahan otak untuk berfikir secara lebih dinamik dan diluar kotak.Selain dapat melegakan stress,ia juga menjadi platform bagi yang dinamik bagi seorang 'gamers'.Tetapi kalau terlebih main pun parah juga.Biarlah berpada-pada.
Hakikatnya,terdapat banyak lagi permainan video yang lebih menarik dari semasa ke semasa.Tinggal untuk cari dan alaminya sendiri.
Kredit : Hak Cipta Hujan Emas
0 comments:
Post a Comment