Arena of Valor - Mengatasi Mobile Legend?


Setiap individu pada masa kini pastinya memiliki sekurang-kurangnya satu smartphone.Dan yang pastinya smartphone tidak didatangkan dengan spesifikasi yang rendah dan pastinya individu akan memasang 'game' mudah alih di dalam smartphone bagi seorang gamers.

Artikel kali ini kita menceritakan serba ringkas tentang 'game' smartphone yang menjadi tumpuan setakat pada Oktober 2017,Arena of Valor (AOV).Apa yang menariknya?

Pada 19 Oktober yang lalu,Hujan Emas ada menerbitkan artikel berkaitan 'game' terhangat iaitu Mobile Legend.Namun kali ini,Hujan Emas menerbitkan serba ringkas tentang 'game' smartphone terhebat pada hujung Oktober 2017 iaitu Arena of Valor.

Apa yang menariknya tentang permainan ini?

Kira-kira dua (2) minggu yang lalu,pengendali 'game' Arena of Valor (AOV) ,Garena serta pembangunnya Tencent Games melancarkan permainan ini di Play Store dan Apps Store.Namun tidak sampai dua (2) minggu dilancarkan,permainan ini sudah mencapai 500,000 jumlah muat turun di Play Store dan Apps Store.

AOV berada di dalam kelompok permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) yang sememangnya khusus untuk pemain yang meminati permainan berkonsepkan online.

Bagi mereka yang belum mengetahui kehadiran AOV ini,ia memiliki mekanisma dan fungsi yang hampir sama dengan permainan Mobile Legend tetapi di dalam AOV ini penambahbaikan dilakukan.




Hero diberi percuma

Antara daya penarik di dalam permainan AOV ini adalah hero akan diberikan secara percuma dan sangat mudah untuk dimainkan.Apa yang menarik adalah hero akan diberikan kepada pemain secara percuma selepas pemain dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan secara berperingkat.Contohnya,pemain boleh memiliki Butterfly selepas memenangi 10 perlawanan kasual bersama rakan online yang lain.

Bukan itu sahaja,tugasan yang diberikan juga turut menawarkan 'skin' percuma untuk mengubah dan menaikkan lagi imej karakter pemain.Contohnya 'skin' bagi Alice boleh dimiliki selepas pemain memenangi 50 perlawanan di dalam mod Ranked.

Walaubagaimana pun,AOV akan memberikan keselesaan kepada pemain dengan memahami keperluan terutama bagi pemain baru yang baru melibatkan diri di dalam permainan yang berkonsep MOBA ini.Terdapat lebih daripada 30 hero yang memiliki tahap kemahiran dan fungsi yang berbeza.

Veera , Valhein dan Taara merupakan salah satu daripada hero yang mudah untuk dimainkan kerana tahap dan fungsi kuasa mereka sangat mudah untuk difahami dan dikendalikan.Sekiranya pemain baru yang baru menceburkan diri di dalam AOV ini,pastikan pemain baru menggunakan hero yang mempunyai tahap kemahiran yang paling rendah.Ini kerana untuk belajar memahami konsep yang diterapkan di dalam AOV ini.



Grafik terbaik

AOV memaparkan barisan hero yang terdiri daripada set kuasa asli.Hasil grafik di dalam AOV sangat mengagumkan kerana ketelitian diterapkan di dalam setiap set grafik di dalam AOV seperti objek , hero , skin dan lain-lain.

Selain daripada grafiknya yang hebat dan teliti,tahap bunyi permainannya juga tidak diabaikan.Tulang belakang bagi penghasilan tahap bunyi dengan kualiti terbaik AOV ini adalah Hanz Zimmer.Beliau pernah merangkul anugerah hebat di dalam penghasilan tahap bunyi bagi filem epik sebelum ini.Rentaknya tepat pada situasi.



Kepelbagaian Mod disediakan

Di dalam permainan ini,AOV menawarkan enam (6) mod yang berbeza yang disajikan kepada pemain.Mod biasa seperti Grand Battle sangat sesuai untuk semua pemain termasuk pemain baru manakala Abyssal Clash disediakan bagi pemain yang mahukan kelainan di dalam konsep perlawanan 'mid wars'.

Bagi Mod Solo Battle,pemain dapat menguji kemahiran hero dengan baik di dalam Mod ini.Manakala bagi Mod Hook Wars pula gaya permainannya lebih santai sedikit dan pemain tidak perlu terlalu serius ketika perlawanan.

Bagi Mod Ranked,pemain yang mahukan cabaran yang lebih tinggi sangat sesuai untuk memilih Mod Ranked.Bermula daripada aras bawah,pemain akan bermula daripada tahap Gangsa dan kemudian pemain perlu menaikkan tahap sehingga mencapai tahap Master.Mod ini lebih sukar kerana ianya dinilai mengikut jumlah bintang yang dimiliki.Walaubagaimana pun,pemain yang mengalami kekalahan di dalam Mod ini akan kehilangan bintang.



Permainan yang lebih ringan

Apa yang paling menggusarkan bagi pemain adalah tahap 'keberatan' permainan itu sendiri.Bagi AOV,ianya sebuah permainan yang lebih ringan daripada Mobile Legend.Walaupun spesifikasi grafik serta kualiti bunyinya lebih tinggi namun tahap kelancaran AOV di dalam smartphone semasa pemain sedang bermain lebih ringan.

Dengan spesifikasi smartphone yang memiliki jumlah RAM sebanyak 1 GB dan sambungan internet yang baik,AOV begitu lancar untuk dimainkan tanpa banyak tersangkut atau 'hang'.


Arena of Valor 'support' pada hampir semua ChipSet

Di dalam sebuah smartphone pastinya memiliki sebiji ChipSet yang mempunyai keupayaan tertentu seperti Snap Dragon , Intel dan lain-lain.

Bagi permainan AOV ini,permainan ini menyokong hampir kesemua ChipSet yang ada sama ada ChipSet Snap Dragon , Intel dan lain-lain.Berbanding permainan Mobile Legend,ia tidak menyokong dengan baik bagi smartphone yang menggunakan ChipSet Intel terutama Intel Atom.

ChipSet merupakan satu prosesor bagi sebuah smartphone untuk beroperasi dengan baik.Dengan penyesuaian bagi sesebuah 'game' atau aplikasi dengan ChipSet,'game' dan aplikasi akan beroperasi dengan lancar tanpa tersangkut atau 'hang'.

Bagi AOV,ianya sebuah 'game' yang beroperasi dan menyokong hampir kesemua jenis ChipSet yang ada pada smartphone.Jadi operasi permainan lebih lancar.



Kredit :



 Hujan Emas : Arena of Valor mula mengatasi permainan Mobile Legend pada Oktober 2017 kerana keupayaannya dipertingkat dan lebih ringan untuk dimainkan.Sebuah permainan video sama ada untuk komputer atau smartphone sememangnya dijadikan sebagai hiburan.Harus diingatkan,hiburan yang berlebihan juga membawa padah.

0 comments: