Teknologi Augmented Reality (AR) bukan lagi satu teknologi yang baru pada masa kini.Teknologi ini sudah pun digunakan secara meluas.Malahan terdapat juga aplikasi yang menawarkan teknologi AR ini.
Sehebat mana teknologi ini?
Bayangkan,kamera smartphone yang kita biasa gunakan memberikan satu imej 3D dihadapan kita seolah-olah ia wujud sedangkan ianya tidak wujud secara realiti.
Imej 3D yang dipaparkan itu hanyalah wujud di dalam teknologi ini walaupun secara nyatanya ia tidak wujud secara realiti di hadapan kita.
Augmented Reality (AR) Software
Komponen utama untuk peranti AR ini ialah prosessor , screen , sensor dan input device.Kebanyakan peranti mudah alih zaman sekarang seperti smartphone,komputer,tablet dan lain-lain sudah siap didatangkan dengan hardware dan software yang lengkap seperti GPS,kamera,accelerometer,kompas dan lain-lain lagi ini menjadikan platform AR ini sesuai dioperasikan dengan peranti tersebut.
Anda pernah bermain permainan Pokemon Go?
Itu adalah salah satu daripada teknologi Augmented Reality (AR) yang dikeluarkan oleh salah satu syarikat.Mereka mencipta aplikasi ini bagi menyokong operasinya pada setiap peranti.
Sekiranya kita melihat pada sudut realiti,imej tersebut tidak wujud.Tetapi apabila kamera dihalakan pada sesuatu tempat yang kita mahukan,imej 3D akan muncul.
Hakikat antara realiti dan maya,ia sebenarnya telah mewujudkan satu persekitaran imej yang dihasilkan oleh komputer yang disatukan dengan realiti.Ditambah pula dengan bunyi,grafik,tindak balasnya yang menampakkan ia seolah-olah wujud dihadapan kita walhal ianya tidak wujud secara realiti.
Contoh aplikasi lain yang menawarkan teknologi AR ni adalah seperti Dulux Visualizer yang dimuat turun di Google Play Store.Dulux adalah satu jenama yang mengeluarkan produk cat yang berkualiti.Warna yang ditawarkan juga adalah menarik.
Tetapi boleh tak kita bayangkan warna cat yang kita nak tu diletakkan pada mana-mana dinding yang kita mahukan?Ada sesetengah orang boleh membayangkan.Ada sesetengah pula tak dapat nak bayangkan warna cat yang diingini itu ada pada dinding.
Syarikat Dulux telah menyelesaikan masalah itu dengan teknologi yang diimplan ke dalam aplikasi mereka , Dulux Visualizer.Pengguna boleh menggunakan aplikasi dengan teknologi AR pada aplikasi mereka.Kamera smartphone digunakan untuk memaparkan pada mana-mana dinding yang kita mahukan dan klik warna yang dipilih pada dinding berkenaan.Dinding tersebut akan berubah warna kepada warna yang kita inginkan.Kita pun dah dapat gambaran pada dinding apabila warna cat tersebut sudah siap dicat nanti.
Augmented Reality (AR) Hardware
Penggunaan teknologi AR ini digunakan secara meluas sama ada dalam bentuk aplikasi (Software) ataupun didatangkan lengkap dengan perantinya sekali (Hardware).
Syarikat gergasi Google pernah mengeluarkan satu produk yang menyokong aplikasi AR ini iaitu Google Glass.
Konsepnya tetap sama.Imej 3D yang muncul hanyalah wujud pada si pemakainya sahaja sedangkan secara realitinya tidak wujud.Imej tersebut diproses oleh komputer dan dapat dilihat oleh si pemakai.
Google Glass berfungsi seperti peranti pintar yang lain.Sebenarnya terdapat pelbagai fungsi yang ditawarkan melalui hardware Google Glass seperti :
Touchpad : Pengguna boleh menyentuh peranti sentuhan (touchpad) dibahagian tepi Google Glass.Ini membolehkan pengguna mengendalikan Google Glass dengan cara sliding seperti mengawal timeline yang dipaparkan pada screen yang hanya dapat dilihat oleh si pemakai sahaja.Contoh timeline yang dipaparkan seperti paparan masa peristiwa,panggilan telefon,gambar dan lain-lain.
Kamera : Google Glass menawarkan keupayaan kamera sehingga 720p HD untuk mengambil gambar dan merakam video serta merakam situasi untuk meletakkan imej 3D pada pandangan si pemakai.
Screen : Paparan screen pada Google Glass bukanlah seperti screen yang biasa kita tengok.Paparan screen Google Glass hanyalah sebuah kristal silikon (LCoS) versi Explorer Google Glass dan dilengkapi cip LCoS dan Himax.Sistem kristal screen itu juga boleh memaparkan warna yang lebih jelas.Paparan screen kristal itu juga boleh diterangi dengan cahaya LED yang pertama kali diperkenalkan pada prototype pertamanya , P-Polerized.Dan kemudian akan bersinar melalui pembahagi beam in-polerized (PBS) kepada panel LCoS.
Aplikasi yang ditawarkan oleh Google Glass adalah seperti Google Now , Gmail , Google+ , Google Map dan pelbagai aplikasi Google yang lain boleh dipaparkan secara 3D pada si pemakai.
Walau bagaimanapun,teknologi AR yang diimplan ke dalam peranti bukanlah hanya digunakan oleh Google sahaja.
Produk dari syarikat Apple juga menggunakan teknologi AR yang diimplan ke dalam produk mereka yang berteknologi lebih tinggi iaitu iPhone 8 dan X.
Artikel yang diterbitkan oleh Hujan Emas pada 4 Oktober iaitu iPhone 8 dan X Satu Era Teknologi ada membincangkan penggunaan teknologi AR pada peranti iPhone 8 dan X ini dan spesifikasinya yang lebih canggih.
iPhone 8 dan X menawarkan spesifikasi kamera yang sangat canggih serta HDR dengan paparan screen yang lebih jelas.Ini adalah spesifikasi yang tinggi yang ditawarkan oleh iPhone 8 dan X.Harganya pun bukan calang-calang.
Dengan kepantasan dan keupayaan cip Bionic A11,permainan dan aplikasi AR mencapai tahap yang paling tinggi yang diimplan ke dalam peranti dan imej realitinya yang lebih memuaskan.
Sebenarnya terdapat banyak lagi aplikasi AR yang boleh didapati sama ada di Apps Store atau Google Play.Pengolahan teknologi yang semakin hari semakin maju menjadikan perkara yang mustahil kepada realiti.
Seperti zaman sebelum munculnya smartphone,screen sentuh adalah perkara yang mustahil yang pada ketika itu hanyalah paparan LED sahaja yang paling canggih.
Apa-apa pun,teknologi Augmented Reality (AR) bukan lagi satu teknologi yang baru dan sentiasa akan diperkembangkan dari semasa ke semasa.
Kredit :
- http://computer.howstuffworks.com/augmented-reality.htm
- https://en.wikipedia.org/wiki/Augmented_reality
- https://www.hmetro.com.my/itmetro/2017/09/267302/aktifkan-gaya-hidup-baru
- https://en.wikipedia.org/wiki/Google_Glass
- https://www.apple.com/iphone-8/
- https://www.apple.com/iphone-x/
0 comments:
Post a Comment