Miniatur - Dunia Menjadi Kecil?


Pernah tak kita membayangkan segala yang ada didunia ini dikecilkan sehingga menjadi skala 1:87?Mustahil kah?

Untuk menjadikannya hidup dalam skala yang sekecil itu sememangnya mustahil tetapi terdapat satu cabang seni dimana menjadikan beberapa elemen seperti bangunan atau patung manusia kepada skala nisbah yang kecil dan disusun mengikut situasi sebenar.
Itulah Miniatur.
Seni Miniatur bukan satu cabang seni yang baru dikenali.Di Malaysia juga terdapat satu lokasi himpunan Miniatur yang bertempat di Tingkat 4 , Kompleks Membeli-belah USJ , Summit.Malahan,tempat tersebut juga mempunyai laman webnya sendiri iaitu di MinNature Malaysia.

Secara zahirnya,Miniatur merupakan satu model berskala mikro menyerupai suatu objek atau situasi yang ciri-cirinya dipelihara walaupun tidak mirip sepenuhnya.Objek itu pula lebih merangkumi pelbagai elemen dan benda termasuk bangunan , perkakasan , pengangkutan , peralatan bahkan patung manusia juga direka dalam skala mikro untuk menampakkan ianya seolah-olah hidup dalam skala yang kecil.

Setiap model berskala mikro menggunakan sistem nisbah untuk menentukan saiz objek tersebut apabila dikecilkan bagi memastikan saiz setiap bangunan , manusia , pokok ,kereta dan lain-lain adalah seragam dan seimbang di alam miniatur.

Kebanyakan skala nisbah yang digunakan adalah 1:87.0857142 ataupun 1:87.Ukuran skala ini digunakan bagi menampakkan miniatur seolah-olah hidup dan seakan-akan realiti.

Hujan Emas kali ini cuba membawa beberapa fakta menarik tentang dunia miniatur.



Keharmonian dalam setiap penghasilan miniatur pasti ada penceritaannya yang diketengahkan.Bukan sahaja pemandangan malahan suara latar dan pergerakan model miniatur itu menyerikan lagi persembahan miniatur.Ia akan mewujudkan seolah-olah situasi itu benar-benar hidup dalam skala yang kecil.Sememangnya satu pengalaman yang sangat mengujakan.

Seperti di MinNature yang beroperasi di Summit , USJ.MinNature menjanjikan persembahan yang unik dan padat dengan ilmu dari pelbagai sudut.MinNature dibina dengan persembahan yang memaparkan rekaan bangunan bersejarah , ikonik , kesenian arkitek , melambangkan kekayaan dan kepelbagaian sejarah , warisan , karya , budaya masyarakat , lagenda dan cerita rakyat Malaysia.

Apa yang menariknya,setiap model penuh atau diorama yang dipersembahkan akan direka bentuk kemudiannya dicetak menggunakan mesin khas tiga dimensi (3D).Setelah selesai elemen yang dikehendaki,susunan miniatur pula akan direka sekali gus menjadikan ianya satu suasana seolah-olah ianya hidup di alam miniatur.


Sekiranya berpeluang untuk melawati lokasi MinNature Malaysia,pastinya amat mengujakan terutama bagi peminat miniatur.

Apa yang mengujakan bukanlah model miniatur yang dipamerkan boleh dibawa balik tetapi setiap apa yang dipersembahkan bukan sekadar barang pameran.Persembahan miniatur ini melambangkan gaya dan suasana kehidupan seharian yang berlaku disetiap lokasi yang dipilih.


Apa yang menariknya adalah setiap persembahan miniatur tunggal di MinNature ini adalah hasil buatan tangan dan ianya dihasilkan di Malaysia.Ia pameran secara langsung apabila setiap minggu,akan ada model dan diorama terbaru di masukkan.

MinNature terbahagi kepada beberapa zon seperti Kehidupan Kampung , Pelabuhan , Industrial Park , Leisure Park , The Banjaran , Kompleks Sukan Miniature , The Dataran dan banyak lagi model dipersembahkan.

Menariknya di MinNature ini,konsep pameran terbuka diterapkan tanpa halangan atau penghadang.Ini akan memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung untuk melihat persembahan miniatur secara lebih dekat lagi dan lebih terperinci.

Bukan itu sahaja,pengunjung juga dapat melihat suasana atau senario sebenar masyarakat Malaysia dalam skala yang kecil dan seolah-olah kita melihat suasana itu hidup dan daripada pandangan atas.

Bukan sekadar bangunan dan kenderaan sahaja di jadikan miniatur malahan elemen semula jadi juga dijadikan miniatur seperti gunung-ganang , sawah padi , tanah perkuburan , tanah lapang , padang , kandang lembu , tanah tinggi dan banyak lagi elemen semula jadi dijadikan skala miniatur.

Sekiranya di zon Suasana Kampung,suara latar seperti gonggongan anjing , ayam dan itik menyerikan lagi suasana di kampung.



Terdapat satu lokasi bernama Favela MinNature yang diilhamkan daripada perkampungan setinggan di Brazil.Persembahan ini juga mendapat perhatian pengunjung.Perkampungan Hobbiton dipamerkan dengan suasana seperti di New Zealand juga turut dipersembahkan.

Oleh kerana skala miniatur ini begitu kecil,tidak hairanlah terdapat beberapa pengunjung dewasa yang sanggup mencangkung atau duduk di lantai semata-mata untuk melihat lebih terperinci lagi rekaan miniatur ini malahan ia akan memberikan satu gambaran yang luar biasa.

Jika berkesempatan,cuba kunjungi MinNature dan rasai pengalamannya sendiri di sana.Bukan sahaja pameran yang dipersembahkan malahan pengunjung juga berpeluang untuk membina miniatur sendiri di Bengkel Master Builder untuk menguji kreativiti pengunjung terutamanya kanak-kanak.


Kredit :



 Hujan Emas : Untuk membina Miniatur sendiri sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.Oleh kerana ianya berskala kecil,kreativiti amatlah diperlukan.Kalau yang tak sabar?Tangkap gambar je sudah.

Comments