Kesilapan Biasa Bagi Seorang Blogger



Dalam zaman yang serba canggih dan berteknologi pada ketika ini,semuanya sangat mudah dan boleh diuruskan dengan hujung jari.Sehinggakan setiap kata-kata yang terluah juga boleh diterbitkan di internet pada bila-bila masa.

Namun,bagi seseorang yang baru bermula terutama dalam aktiviti blogging perlu menitik beratkan beberapa perkara yang biasa menjadi kesilapan bagi seorang blogger.
Selain daripada Blogspot , terdapat juga beberapa platform lain yang menawarkan perkhidmatan web secara percuma seperti Wix.com , Webs.com , WordPress.com dan banyak lagi.

Tetapi apa yang dibimbangkan ialah kebebasan dalam penulisan.Dalam kebebasan itu terdapat juga beberapa perkara yang biasa menjadi kesilapan dalam menulis karya.



Gaya penulisan yang tidak konsisten

Bayangkan seorang pembaca berita dengan gaya penyampaian berita yang sukar difahami.Bahasa tunggang-langgang.Itu lah yang dimaksudkan.

Bagi seorang blogger,sangatlah penting dari segi penyampaian bahasa yang sentiasa konsisten dan penyampaian yang baik dalam setiap penulisan.Baru lah orang tak bosan nak membaca.Sila jaga gaya bahasa anda.



Widget yang melampau

Memang tidak dinafikan bagi seorang blogger,pastinya mahu menghiasi blog masing-masing dengan pelbagai widget yang boleh didapati dan memang sudah disediakan.Tidak ada masalah pun nak masukkan widget , tetapi jangan melampau sangat.Terlalu banyak widget menyebabkan pembaca terasa sesak dan 'mindset' pembaca akan cop blog anda sebagai 'crowded' dan semak.

Simple saja dah cukup.Apa yang penting adalahh kualiti penulisan.Bukannya kualiti dan kuantiti widget.Pembaca tak nak tengok widget tu.Pembaca nak tengok info penulisan anda.



Tidak fokus pada tajuk

Ini juga menjadi satu masalah.Sebagai contoh tajuknya adalah 'kereta' tetapi penulisan banyak bercerita tentang ciri-ciri seekor ikan paus.Nampak sangat lari tajuk tu.

Ketika anda sedang menulis untuk blog,letakkan diri anda sebagai pembaca bukannya penulis.Kerana penulis ni memang syok sendiri nak tulis apa tetapi pembaca mahukan info yang tepat berkaitan dengan tajuk.

Jadi,lebih baik fokus pada tajuk penulisan dan bukannya 'out of topic'.Dan sebaiknya satu (1)  topik , satu (1) corak penceritaan.Bukannya satu (1) tajuk tetapi anda cerita sepuluh (10) topik dalam tu.Pembaca pun pening penulisan ni cerita tentang apa sebenarnya.



Terlalu kejarkan duit

Siapa kata aktiviti blogging tak boleh buat duit?Blogger merupakan salah satu platform yang boleh mendatangkan duit jika kena pada caranya.

Namun harus diingatkan,jangan terlalu kejarkan kuantiti duit berbanding kejarkan kualiti penulisan.Sebagai seorang pembeli pun kita mahukan produk yang berkualiti.Begitu juga dengan penulisan.Fokus pada kualiti penulisan itu lebih baik.Penulisan anda baik , pembaca pun suka , anda pun suka kerana lebih banyak duit anda dapat.

 


Design blog yang 'crowded'

Pernah nampak tak sesebuah blog jika anda layari , boleh kata penuh screen monitor anda.Sampai tak tau mana isi kandungan , mana tajuk , mana Header , mana Footer.

Senang kata,letakkan diri anda sebagai pembaca dan bukannya penulis.Jadi anda tidak akan syok sendiri apabila menulis.

Terlalu banyak widget hiasan yang disediakan contoh gambar bergerak , icon bergerak pada isi kandungan dan banyak lagi.Boleh sebenarnya tetapi pembaca akan labelkan anda bukanlah blogger professional dan menambah sesak pada pandangan pembaca.

Memang kita nak nampak cantik tetap cantik yang keterlaluan pun hodoh juga kan?Begitu juga dengan blog anda.Biar nampak cantik tetapi kemas.

 


Pilih Theme dengan baik

Pemilihan 'theme' atau tema pada blog anda juga boleh dikatakan penting.Kerana setiap theme mempunyai kelajuan akses yang berbeza.Semakin 'crowded' theme anda , semakin 'lagging' blog anda.Pilih theme dengan baik.

Kebanyakan pembaca tidak mahu menunggu lama untuk loading.Silap-silap dipangkahnya.Jadi pilih theme anda dengan tepat dan anda boleh periksa kelajuan theme yang anda pilih.Buat perbandingan.



Tidak mempunyai akaun media sosial

Macam mana pengguna nak tahu tentang kewujudan produk kita sekiranya kita tidak promote.Begitu juga dengan blog anda.Produk anda adalah hasil penulisan dan audience anda adalah pembaca.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya seorang penulis memiliki akaun media sosial untuk promote blog anda.Lebih ramai pembaca akan melawat blog anda.Kalau jadi viral , anda mungkin akan terkenal.Tetapi bairlah viral pada perkara yang baik tentang anda.

Paling mudah dan kebiasaan seorang blogger akan buat adalah mewujudkan akaun Facebook , Twitter , Pinterest , Instagram dan banyak lagi.Kesemua medium platform media sosial boleh digunakan untuk promote blog anda.

Dan paling best,letakkan butang media sosial pada blog anda.Senang untuk pembaca mencapai akaun media sosial anda.




Ciplak hasil penulisan

Ini boleh dikategorikan aktiviti jenayah.Karya penulisan penulis lain adalah hak cipta pemiliknya sahaja.

Memang lah namanya blog dan bebas untuk dikongsi tetapi bertimbang rasa lah sedikit.Jika terlampau terdesak sangat nak ciplak hasil penulisan penulis lain sekurang-kurangnya ubahlah gaya penulisan mengikut penulisan anda.Dan jangan lupa bagi kredit pada penulis asal.

Mana tau penulis asal berkerah otak memikirkan idea-idea untuk diterbitkan.Senang-senang kita ciplak.Ini tidak adil kan?

Paling baik , cipta idea anda sendiri , gaya penulisan anda sendiri , corak anda sendiri.Itu baru betul hak cipta anda.



Font tulisan sukar dibaca

Bayangkan anda membaca surat khabar dengan font yang pelik-pelik dan sukar untuk dibaca.Kan pening kepala.

Seorang blogger atau penulis professional akan meletakkan font tulisan itu pada standard sahaja dan sangat mudah untuk dibaca.Penulis pun senang nak semak semula , pembaca pun senang nak faham apa yang disampaikan.

Font yang terlampau fancy dan terlalu rumit nak faham ini menjatuhkan lagi potensi blog anda kerana font juga sebahagian elemen penting dalam penyampaian penulisan anda.



Tidak meletakkan gambar

Seorang pembaca mahukan gaya pembacaan yang simple dan bersahaja.Bayangkan sebuah penulisan yang padat dengan info tetapi tidak ada satu pun gambar yang berkaitan dengan tajuk penulisan.Bosankan?

Gambar juga merupakan elemen penting untuk menarik minat pembaca untuk terus membaca penulisan anda.Tak perlu banyak-banyak.Asalkan ianya tidak membuatkan pembaca bosan membaca hasil penulisan anda.



Jaga adab dan percakapan

Perkara sebegini seringkali diabaikan oleh blogger.Sebenarnya bukanlah diabaikan tetapi seringkali terlepas pandang.Ingatlah pepatah melayu ada mengatakan "kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan binasa".

Ketika menulis penulisan untuk diterbitkan,jangan syok sendiri dan jangan keterlaluan.Takut-takut termakan diri.


Kredit :




Hujan Emas : Aktiviti blogging juga boleh digunakan untuk meluangkan masa lapang dan sebagai hobi.Selain dapat meningkatkan kemahiran mengarang , ia juga dapat mencambahkan lagi idea-idea.Tapi jangan syok sendiri pula.Bosan pembaca nak baca penulisan anda nanti.

0 comments: