IKEA - Peruncitan Kecil Menjadi Gergasi


Rata-rata antara kita pasti amat mengenali jenama ini.Jenama yang tidak asing lagi sehingga menjadi satu ikon yang gah dan hebat.Bukan itu sahaja malahan jenama IKEA ini semestinya mempunyai peminatnya yang tersendiri dan produk keluarannya berada pada tahap kualiti tersendiri.




Secara hakikatnya,ramai dikalangan antara kita tidak mengetahui perkataan IKEA itu sendiri merupakan gabungan dua perkataan huruf pertama pemiliknya,nama ladang tempat pemiliknya dibesarkan dan nama tempat tinggal pemiliknya.


IKEA diasaskan oleh seorang lelaki bernama Ingvard Kamprad yang membesar diladangnya yang dinamakan Elmtaryd berlokasi di Agunnaryd , Smaland , Selatan Sweden.

Secara ringkasnya,jenama IKEA adalah susunan huruf pertama setiap empat (4) perkataan tersebut iaitu Ingvard Kamprad Elmtaryd Agunnaryd.Memang unik jenamanya.


Idea Asal dan kronologi Perniagaan IKEA

Semasa Ingvard Kamprad berusia 17 tahun , bapa beliau telah memberikan wang kepada beliau sebagai ganjaran agar berjaya dalam pelajaran.Namun,pemikiran Ingvard melonjak jauh.Beliau menggunakan wang tersebut untuk memulakan perniagaannya sendiri.

Sebagai permulaan , Ingvard memulakan perniagaan dengan menjual pen , dompet , bingkai gambar , selendang meja , jam tangan , barang kemas dan stokin nilon bagi memenuhi keperluan barangan tersebut dengan harga yang rendah.

Malahan,sejak Ingvar berusia lima (5) tahun sudah mula menjual mancis di kawasan kejiranan mereka dan ketika berusia tujuh (7) tahun beliau sudah mula merantau keluar untuk berniaga menggunakan basikal miliknya.Ingvard mempelajari sesuatu yang amat bernilai baginya ketika itu.Ingvard membeli mancis dalam kuantiti yang banyak di Stockholm dan menjual secara runcitan dengan harga yang murah namun masih dapat memberikan keuntungan di akhir jualan.Daripada barangan mancis,Ingvard menggembangkan skop jualan beliau dengan menjual benih bunga , kad ucapan , dekorasi pokok Krismas ,pensil , pen dan macam-macam lagi.



Pada tahun 1945,perniagaan Ingvard berkembang dengan baik.Perniagaan Ingvard berkembang dengan pesat dengan pengalaman beliau dalam membuat jualan individu.Dan pada ketika itu,Ingvard terfikir untuk membuat pengiklanan tentang perniagaannya sendiri.

Beliau mula mengiklankan perniagaan IKEA di dalam surat khabar tempatan dan menjalankan servis pesanan bahan ganti sementara.Ingvard juga menggunakan van susu tempatan untuk menghantar produknya ke stesen keretapi yang berhampiran.

Pada tahun 1948 pula,Ingvard mendapat idea untuk mengembangkan skop produk jualan perniagaannya.Maka,terhasillah penjualan perabot yang menjadi salah satu skop produknya yang terlaris ketika itu.Perabot dihasilkan oleh pengilang tempatan di hutan berdekatan kediamannya.Maklum balas diterima daripada pelanggan dan mendapat sambutan.Ingvard bercadang untuk meluaskan lagi rangkaian perniagaannya.



Bagi Ingvard , pengiklanan seperti biasa tidak berkesan bagi melariskan produk perabot jualannya.Lalu Ingvard mengambil langkah drastik iaitu mengeluarkan katalog IKEA dan katalog itu merupakan katalog IKEA yang pertama diterbitkan.

Ingvard mempunyai daya pengamatan peluang yang begitu jauh.Beliau menjangkakan penjualan perabot miliknya berskala lebih besar dan peranan katalog dalam menarik minat pembeli.



Pada tahun 1953,tahun itu merupakan detik paling penting bagi Ingvard kerana Ingvard mula membuka bilik pameran perabotnya sendiri yang berlokasi di Almhult , Sweden.

Buat pertama kalinya juga,pengguna boleh melihat dan merasai sendiri sentuhan kelengkapan rumah IKEA sebelum membuat tempahan.Pada ketika itu,perniagaan IKEA sedang melakukan 'perang harga' dengan pesaing IKEA pada ketika itu yang turut melakukan penjualan perabot pada harga yang rendah namun kualiti yang menjadi permasalahan.IKEA mengambil kesempatan itu dengan menjual produk perabot IKEA pada harga yang rendah dan berkualiti lebih tinggi.

Dengan pembukaan bilik pameran IKEA pada ketika itu,IKEA mendemonstrasikan fungsi dan kualiti produk perabot mereka.Walaupun harganya rendah namun kualiti perabot IKEA lebih berkualiti dan teknik pemasaran IKEA pada ketika itu dianggap berjaya.Apa yang dimahukan oleh pengguna adalah produk dengan harga yang rendah namun kualitinya terjamin dan tinggi.Pengguna boleh membuat pilihan terbaik untuk wang mereka.



Tidak cukup dengan itu,Ingvard melancarkan lagi 'serangan' balas yang lebih hebat.IKEA kemudiannya mencipta inovasi mereka sendiri iaitu penciptaan perabot pek yang leper dan boleh dipasang sendiri oleh pengguna.

Keputusan yang diambil oleh IKEA untuk mengeluarkan idea ini adalah bertujuan memberikan pengguna memasang sendiri produk IKEA dirumah dan merasai sendiri kualitinya dengan pemasangan didepan mata pengguna sendiri.Secara ironinya,teknik ini membuatkan pesaing IKEA pada ketika itu berasa tertekan dan pesaingnya mula memberikan tekanan kepada pengedar untuk memulaukan IKEA.

Idea asal perabot pek leper ini bermula daripada seorang pekerja IKEA telah membuka kaki meja LOVET supaya ia dapat dimuatkan ke dalam kereta serta dapat mengelakkan risiko kerosakan semasa pemindahan.Ternyata idea itu berjaya diterapkan ke dalam konsep perabot IKEA.Daripada idea itu juga ia menjadi satu konsep wajib bagi setiap perabot jualan IKEA.




Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Ingvard selaku pengasas kepada IKEA.Pada tahun 1958,Gedung pertama IKEA dibuka berlokasi di Almhult , Sweden.Gedung yang berkeluasan 6,700 persegi itu dilengkapi kelengkapan rumah yang memenuhi ruang gedung IKEA pertama itu.Dan pada ketika ini,ia merupakan sebuah gedung pameran yang terbesar di Skandinavia.

Ketika itu,salah seorang pekerja terawal IKEA , Gillis Lundgren telah menemui satu idea yang mudah iaitu idea simpanan storan yang digunakan di dapur IKEA dan idea itu direalisasikan sebagai konsep utama perabot IKEA.Idea Gillis adalah mencipta unit laci dapur TORE.


IKEA tidak berhenti sekadar menjadi penjual perabot sahaja.Pada tahun 1960,restoran pertama milik IKEA mula dibuka di sekitar lokasi Almhult , Sweden.

Berikutan daripada pelancaran restoran pertama IKEA itu juga,sebuah idea konsep kerusi duduk terhasil.IKEA mempraktikkan penghasilan konsep kerusi tersebut di restoran mereka dan mendapati ia mendapat maklum balas yang baik.

Lalu IKEA mengambil langkah untuk menjualkan konsep kerusi tersebut di gedung IKEA.Kerusi OGLA mula dilancarkan bersama konsep IKEA yang menekankan reka bentuk , fungsi dan harga yang berpatutan.Pada ketika itu,material yang digunakan adalah bahan kayu yang berkualiti tinggi.Pada ketika ini,konsep kerusi cafe OGLA masih ada dijual dan material yang digunakan digantikan dengan plastik komposit untuk penampilan yang lebih moden dan dinamik.

Apa yang penting buat IKEA adalah kualitinya.Setiap produk keluaran IKEA akan diuji dengan tahap kualiti ujian yang tinggi menggunakan standard ujian Sweden sehingga ke hari ini.Kerana itu kualiti barangan IKEA tetap terpelihara sehingga kini.


Kejayaan demi kejayaan dilakar oleh IKEA sehingga jenama IKEA mula terkenal di seluruh dunia.

Pada tahun 1965,Gedung terbesar mula dibuka di Stockholm,Sweden.Beribu-ribu peminat jenama IKEA sanggup membuat barisan yang begitu panjang untuk pembukaan gedung yang menjadi mercu tanda berkeluasan 31,000 meter persegi , IKEA Kungens Kurva.

Konsep bangunan gedung IKEA ini berbentuk bulat yang diinspirasikan oleh Guggenheim Museum di New York.Apa yang menariknya , konsep gedung IKEA kali itu adalah merupakan konsep layan diri.Tambahan pula,Acceten mula dibuka di tempat pelanggan bagi membolehkan pelanggan membeli peralatan memasak yang berkualiti tinggi pada harga yang rendah.

Ingvard Kamprad terus menerus membesarkan empire IKEA yang dimilikinya secara kecil-kecilan suatu ketika dahulu.Beliau tidak akan berhenti dan akan meneruskan perniagaan IKEA sampai bila-bila walaupun Ingvard perlu bersara.

Pada tahun 1986,Ingvard Kamprad bersara daripada Kumpulan Pengurusan namun masih berjawatan sebagai penasihat untuk keluarga syarikat INGKA Holding B.V.Lalu Anders Moberg menaiki takhta menjadi Presiden dan CEO Kumpulan IKEA pada ketika itu.

Pada tahun 1991,Kumpulan Industri IKEA memperolehi kilang perabot kayu miliknya sendiri yang berlokasi di Swedwood.IKEA kemudiannya menubuhkan kumpulan industri Swedwood untuk memastikan pengeluaran produk kayu perabot IKEA sentiasa berkualiti dan mengekalkan konsep komponen perabot berasaskan kayu.

Rekaan demi rekaan di lanjutkan.Konsep demi konsep diperkembangkan.IKEA berani tampil dengan kelainan tersendiri.Siri konsep perabot untuk kanak-kanak mula diperkenalkan pada tahun 1994.Ia bukan sahaja dapat memenuhi imaginasi kanak-kanak malahan IKEA menjadi ikon dimata kanak-kanak dengan kualiti perabot dan produk yang tahan lasak dan mempunyai penjuru bulat untuk keselamatan mereka.


Pada tahun 1997 pula,laman sesawang pertama IKEA mula dilancarkan iaitu di www.IKEA.com.IKEA terus melakar nama gemilangnya sehingga kini dengan mengeluarkan pelbagai lagi konsep perabot dan berbagai jenis perabot yang semestinya mengikut arus kemodenan.

Dan apa yang menariknya,setiap konsep pada perabot IKEA ini kebanyakannya terlahir secara tidak sengaja dan idea daripada staff bawahannya sendiri.Kerana itu juga kebanyakan konsep yang dibawa oleh IKEA begitu bernas dan mesra pengguna.



Kronologi Cawangan

1926 - Ingvard Kamprad memulakan perniagaan kecil-kecilan

1953 - Bilik pameran pertama di Almhult , Sweden

1958 - Gedung IKEA pertama di Almhult , Sweden

1960 - Restoran IKEA pertama di Almhult , Sweden

1963 - Cawangan di Oslo , Norway

1965 - Cawangan terbesar di Stockholm , Sweden

1969 - Cawangan di Copenhagen , Denmark

1973 - Cawangan di Zurich , Switzerland

1975 - Cawangan di Sydney , Australia

1977 - Cawangan di Vienna , Austria

1978 - Cawangan di Sixth Avenue , Singapore

1979 - Cawangan di Rotterdam , Belanda

1981 - Cawangan di Perancis

1985 - Cawangan di Philadelphia , USA

1987 - Cawangan di Manchester , UK

1989 - Cawangan di Milan , Itali

1990 - Cawangan di Budapest , Hungary

1991 - Cawangan di Czechoslovakia , Prague dan Poznan , Poland

1996 - Cawangan di Barcelona , Sepanyol dan Kuala Lumpur , Malaysia

1998 - Cawangan di Shanghai , China

2000 - Cawangan di Moscow , Rusia

2004 - Cawangan di Lisbon , Portugal

2006 - Cawangan di Tokyo , Jepun


(Cawangan akan diperkembangkan dari semasa ke semasa)


Bayangkan,daripada perniagaan yang berskala kecil sehinggalah jenama IKEA berskala gergasi sehingga kini.Jenama IKEA bukan lagi satu jenama yang asing di mata dunia.Ingvard Kamprad mengajar kepada kita tentang beberapa perkara iaitu erti tidak mudah mengalah , kreatif dalam apa jua tindakan , berpandangan jauh dan berani mengambil risiko.Ingvard Kamprad tidak berpelajaran tinggi tetapi pengalaman beliau yang tinggi digunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan impian beliau.


Kredit :

 Hujan Emas : Jangan pernah putus asa dan mengalah dalam kehidupan.Itu merupakan kunci utama bagi mereka yang berjaya.Terapkan dan amalkan.Biar lantak apa orang nak kata.Kita tahu apa yang kita mahu lakukan itu adalah betul dan tepat.Jadi,teruskan.

0 comments: