Fakta Ringkas Tentang Mark Zuckerberg



Dalam zaman jaringan sosial pada masa kini,terdapat pelbagai laman web sosial yang dibina.Suatu ketika dahulu,satu laman sosial MySpace mempelopori kedudukan yang pertama sebagai medium sosial yang paling popular.Dan pada zaman ini,Facebook mengambil alih tampuk pemerintahan dan mula berkuasa.Pengasas kepada laman Facebook adalah Mark Zuckerberg.

Namun,apa yang menarik tentang beliau?
Ini merupakan satu fakta ringkas tentang Mark Zuckerberg.Mungkin Admin pun macam tak percaya,tapi inilah hakikatnya.



1- Mark Zuckerberg seorang yang buta warna.Warna yang paling mudah dicam oleh beliau adalah warna biru sahaja.Sebab tu warna tema Facebook adalah biru.

2- Mark Zuckerberg memiliki seekor anjing peliharaan bernama Beast.Tahu tak,Beast juga memiliki akaun Facebooknya sendiri.Pelik.Semasa kita mendaftar menjadi pengguna Facebook ketika itu selain perusahaan atau bisnes,antara syarat yang wajib ialah manusia.(You are not robot).

3- Mark Zuckerberg pernah belajar bahasa China pada tahun 2010 supaya beliau dapat berkomunikasi dengan isterinya.

4- Mark Zuckerberg bertemu Priscilla Chan (isterinya) di sebuah lorong bilik mandian umum di Harvard pada tahun 2003.

5- Cincin perkahwinan Mark dan Priscilla adalah rekaan Mark sendiri.Ada yang mengatakan cincin yang diberikan adalah murah tetapi siapa yang tahu.Kalau betul pun,nilai sentimentalnya mahal.

6- Ketika majlis perkahwinan Mark dan Priscilla,tiada sesiapa antara tetamu mengetahui itu adalah majlis perkahwinan mereka sebab Priscilla baru sahaja lulus dalam peperiksaan.Jadi,para tetamu ingatkan itu adalah pesta meraikan Priscilla yang lulus dalam peperiksaan.

7- Mark Zuckerberg memiliki ramai pengikut di akaun Google+ (Circle) yang menjadi pesaing kepada akaun Facebooknya.

8- Mark Zuckerberg memiliki akaun Twitter yang unik iaitu @findkd. Malahan Mark pernah menolak USD1 milion dari Yahoo! untuk membeli Facebook dari Mark.

9- Akaun Facebook Mark Zuckerberg dan Priscilla tidak dapat diblok oleh sesiapa pun pengguna Facebook.Kuasa veto betul.Tapi masalah ini telah diselesaikan dan dah boleh blok dah pun.



10- Mark Zuckerberg pernah hampir-hampir bekerja bersama Microsoft.Ketika itu beliau dan sahabatnya,Adam D'Angelo telah mencipta satu aplikasi musik bernama "Synapse Media Player".Microsoft mahukan software itu tetapi Mark dan Adam segera mempatenkan rekaannya dan menyambung pelajaran.

11- Mark Zuckerberg mencipta aplikasi pada awal usia lagi.Ketika berusia 12 tahun,Mark mencipta program bernama ZuckNet yang menghubungkan komputernya dengan komputer ayahnya di klinik yang bertugas sebagai doktor gigi.

12- Mark Zuckerberg bukanlah seorang yang hebat dalam programming.Beliau bermula sejak dari awal lagi dan memiliki sebuah buku program C++ for Dummies.

13- Tahu tak,laman Facebook Mark diberikan kepada dua belas (12) orang dan setiap orang diberikan tugas untuk mengendalikan akaun beliau sendiri seperti balas komen,muat naik status baru,muat naik gambar Mark dan lain-lain.

14- Yang ini pun pelik kerana Mark akan memakai baju yang sama setiap hari.Pada beliau,masa itu berharga dan malas nak pening kepala nak fikir baju apa nak pakai.Tetapi,harga baju yang dipakainya setiap hari tu sekitar RM1,200 sehingga Rm1,700 sehelai.Kain sutera ke apa.


Kredit :





Hujan Emas : Walau bagaimanapun,Mark Zuckerberg dikatakan seorang yang sangat merendah diri dan bersederhana walaupun pendapatannya mencecah bilion USD.Relax ajer dia tu.Kita baru pakai Proton Preve pun mendongak ke langit tak ingat dunia.

0 comments: