Super Komputer Terhebat Dunia


Pada zaman serba canggih masa kini,sesiapa sahaja boleh memiliki komputer peribadi malahan di pejabat juga memiliki komputer pejabat yang disambungkan dengan server milik syarikat.

Namun,tahukah anda di dunia ini terdapat beberapa Super Komputer yang begitu hebat dengan spesifikasinya yang tinggi?
Segala kerja menjadi lebih mudah dengan adanya penggunaan komputer peribadi yang kebiasaannya didatangkan dengan 4 hingga 16 teras pemprosesan.Oleh kerana terlalu banyak syarikat komputer gergasi di dunia yang sentiasa bersaing,harga komponen komputer dan sebuah komputer lengkap menjadi lebih murah dengan prestasi kemampuan komputer yang sentiasa dipertingkat.

Hujan Emas membawakan beberapa senarai Super Komputer yang terhebat di dunia berserta spesifikasinya yang tinggi dan bukannya mampu milik oleh seorang individu.



Vulcan - US


Vulcan merupakan salah satu daripada Super Komputer yang terpantas di dunia yang berpengkalan di US.Penggunaannya lebih kepada gabungan industri.Kemampuannya sehingga 4.29 PetaFlops sesaat yang secara langsung menyokong misi NNSA sebagai pusat storan dan pemprosesan ekonomi US yang kompetitif,mengkaji ilmu sains dan data perniagaan serta beberapa kajian lain.

Vulcan terdiri daripada 24 rak IBM Blue Gene / Q System dimana keupayaan pemprosesan dikendalikan oleh Power7 dan PowerPC A2 oleh IBM.

Prosessor - Power7 / PowerPC A2 (IBM)
Sistem Operasi - RHEL (Login) / CNK (Compute)
Kelajuan Prosessor - 3.7 GHz (Login) / 1.6 GHz (Compute)
Nodes - 24,576
Jumlah Core - 393,216 Core
Memori Per Node - 64GB (Login) / 16GB (Compute)
Jumlah Keseluruhan Memori - 400 TeraByte



Juqueen - Jerman


Juqueen juga merupakan salah satu daripada super komputer Eropah yang dioperasikan di Forschungszentrum Juelich , Jerman.Rekaan Juqueen berdasarkan rekaan BlueGene milik IBM yang lama dan kemampuannya boleh mencecah 5.01 PetaFlop sesaat.

Keupayaannya mencecah sehingga 5.01 PetaFlops sesaat juga meletakkan Juqueen di tangga ke-8 terhebat pada November 2014.Malahan Juqueen juga direka berdasarkan rekaan IBM BlueGene / Q System yang diasaskan pada IBM Power.Juqueen memiliki sebanyak 458,752 core.Sememangnya prestasi Juqueen mencecah pada tahap tertinggi dan tersenarai di dalam salah satu Super Komputer terhebat di dunia.

Bukan itu sahaja,sistem penyejukannya menggunakan aliran air sejuk secara langsung kepada prosessor dapat menyejukkan Super Komputer Juqueen ini dalam masa yang singkat.

Dihasilkan oleh - IBM
Jumlah Core - 458,752 Core
Jumlah Memori - 458,752 GB
Prosessor - Power BQC 16C 1.6GHz
PetaFlops - 5.01 PetaFlops Sesaat
Sistem Operasi - Linux



Stampede - US



Super Komputer Stampede ini berdasarkan sistem yang dioperasikan oleh Dell PowerEdge C82200 yang menempatkannya menjadi salah satu daripada Super Komputer terhebat di dunia.

Stampede dioperasikan di Texas Advanced Computing Center dan keupayaannya mampu mencecah sehingga 5.17 PetaFlops sesaat.

Stampede dioperasikan atas tujuan kajian berkaitan bidang sains.Penggunaan terbanyak iaitu sebanyak 48% digunakan atas tujuan bidang sains matematik dan Sains Fizikal.Manakala sebanyak 24% digunakan untuk bidang Biologikal dan Sains Sosial.Sebanyak 12% digunakan atas bidang Geosains dan 12% lagi atas bidang Sains Kejuruteraan.3% lagi digunakan atas bidang Komputer dan Maklumat.Bakinya sebanyak 1% digunakan pada bidang Sains Latihan dan Sains Ekonomi.

Stampede mempunyai kelajuan MCDRAM yang cukup tinggi pada setiap Core dan memiliki sehingga 522,080 Core.Lebih daripada 500 Compute tambahan pada Node yang dioperasikan oleh prosessor Intel Xeon Phi generasi ke-2 sehingga meletakkan Stampede di tangga 166 antara Super Komputer terpantas di dunia pada tahun 2016.

Sistem Operasi - Linux (CentOS Distribution)
PetaFlops - 5.17 PetaFlops sesaat
Jumlah Node - 6,400 Node
Jumlah Core - 522,080Core
Jumlah Memori - 260 TeraByte
Keupayaan - 2+ PF (Compute) / 7+ PF (Prosessor)
Jumlah Disk - 14PetaByte (Shared) / 1.6PetaByte (Local)



Shaheen II - Arab Saudi


Shaheen II adalah senarai terbaru di dalam Super Komputer terhebat di dunia.Sistem Shaheen berdasarkan sistem Cray XC40 dan mula beroperasi pada tahun 2015 dan menjadi salah satu daripada Super Komputer terhebat di Arab Saudi ketika itu.

Shaheen ditempatkan di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah.Keupayaan PetaFlops Shaheen mampu mencecah sehingga 5.536 PetaFlops sesaat dan menggunakan 196,608 jumlah Core yang dioperasikan oleh prosessor Intel Xeon E5-2698v3 Core.

Shaheen I merupakan generasi pertama untuk model Shaheen yang memiliki 16 rak BlueGene / P Sistem dengan 65,536 Core yang beroperasi sendiri.Shaheen I mula beroperasi pada tahun 2009.

Shaheen II pula merupakan model generasi ke-2 untuk Shaheen yang berteknologi Cray XC40 Super Komputer dengan teknologi DataWrap dan memiliki 36 rak.Sistem storannya juga canggih dengan menggunakan Cray Senoxion 2000 sehingga dapat menempatkan Shaheen di dalam senarai Super Komputer terpantas dunia.Shaheen II pula mula beroperasi pada tahun 2015.

Lokasi - Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah , Arab Saudi
Sistem - Cray XC40 (Cray Inc.)
Jumlah Core - 196,608 Core
Prosessor - Xeon E5-2698v3 16C 2.3GHz
PetaFlops - 5.536 PetaFlops sesaat
Sistem Operasi - Cray Linux Environment



Piz Daint - Switzerland


Piz Daint menggunakan sistem operasi Cray XC30 sehingga menempatkan diri di dalam senarai Super Komputer terhebat di Eropah.Piz Daint dipasang di Swiss National Supercomputing Center (CSCS) berlokasi di Lugano , Switzerland.Nama Piz daint itu sendiri diambil sempena nama gunung Piz Daint di banjaran Swiss Alps.

Piz Daint berkeupayaan sehingga mencecah 6.27 PetaFlops di dalam rank Linpack benchmark.Piz Daint juga menggunakan 73,808 NVIDIA K20x Accelerator Core dan pada tahun 2016 Piz Daint digabungan bersama Super Komputer Piz Dora Cray XC40 membuatkan keupayaannya melonjak sehingga 25 kali ganda PetaFlops sesaat.

Walaubagaimana pun,pada tahun 2017 sekali lagi Piz Daint membuat perubahan dengan mengubah sistem operasi daripada Cray XC40 kepada XC50 menjadikan keupayaannya meningkat lebih tinggi.

Ketika Piz Daint menggunakan Cray CX40 , jumlah Core yang dimiliki adalah sebanyak 44,928 Core dengan menggunakan prosessor Xeon E5-2695v4 18C 2.1GHz.Apabila pada tahun 2017,Piz Daint mengubah penggunaan Cray CX40 kepada Cray CX50 serentak mengubah prosessornya kepada Xeon E5-2690v3 12C 2.6GHz dengan tambahan NVIDIA Tesla P100 untuk Accelerator Core.

Lokasi - Swiss National Supercomputing Center (CSCS)
Sistem - Cray CX50 (2017) - Cray Inc.
Core - 361,760 Core
Jumlah Memori - 340,480 GB
Prosessor - Xeon E5-2690v3 12C 2.6GHz
Accelerator Core - NVIDIA Tesla P100
PetaFlops - 6.27 PetaFlops sesaat
Sistem Operasi - Cray Linux Environment



Mira - US


Super Komputer Mira juga turut dibina oleh rekaan BlueGene IBM.Mira juga merupakan salah satu daripada Super Komputer yang tertua di dalam senarai Super Komputer dunia.Kegunaan utamanya digunakan oleh United States Department of Energy yang berlokasi di Argonne National Laboratory , Chicago.

Keupayaan Mira boleh mencecah sehingga 8.59 PetaFlops sesaat dan menggunakan 786,432 Core.

Terdiri daripada 48 rak yang menempatkan 786,432 Core dengan 768 TB memori,Mira menjadi 20 kali lebih pantas daripada Intrepid iaitu rekaan IBM BlueGene/P Predesessor di ALCF.

Keupayaan Mira jika dibandingkan komputer peribadi individu adalah nisbah hasil sehari Mira bekerja bersamaan 20 tahun hasil kerja komputer peribadi.Memang cukup pantas sehingga 20 kali ganda.

Penggunaan prosessornya yang cukup cekap iaitu Power BQC 16C 1.60GHz menjadikan Mira tersenarai di dalam Super Komputer terhebat di dunia.

Lokasi - Argonne National Laboratory
Dihasilkan Oleh - IBM
Prosessor - Power BQC 16C 1.60GHz
PetaFlops - 8.59 PetaFlops
Jumlah Core - 786,432 Core
Sistem Operasi - Linux



K-Computer - Japan



Jepun juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan Super Komputernya sendiri.K-Computer dihasilkan oleh Fujitsu di RIKEN Advanced Institute for Computational Science (AICS) di Kobe , Jepun.

Operasi sistem K-Computer mampu mencecah sehingga 10.51 PetaFlops sesaat dengan menggunakan sebanyak 705,024 SPARC64 Core.

Sebutan "K" atau dalam sebutan "kei" bermaksud 10 Quadrillion.K-Computer pernah menempatkan diri di tangga teratas pada tahun 2011 di dalam senarai Super Computer terpantas dunia pada ketika itu.Dengan penggunaan GREEN500 , K-Computer merupakan salah satu daripada Super Komputer yang jimat penggunaan tenaga berbanding Super Komputer yang lain.

Lokasi - RIKEN Advanced Institute for Computational Science (AICS)
Dihasilkan Oleh - Fujitsu
Jumlah Core - 705,024 Core
Jumlah Memori - 1,410,048 GB
Prosessor - SPARC64 VIIIfx 8C 2GHz
Sistem Operasi - Linux
PetaFlops - 10.51 PetaFlops



Sequoia - US


Sequoia merupakan salah satu daripada Super Komputer terhebat dunia yang dihasilkan oleh IBM namun tidak menyokong IBM BlueGene Framework.Sequoia digunakan untuk bidang astronomi dan kajian kawasan tenaga.

Sequoia dipasang di Lawrence Livermore National Laboratory (LLNL) , California dan mula beroperasi pada tahun 2012.

Keupayaan Sequoia boleh mencecah sehingga 17.17 PetaFlops sesaat dengan menggunakan 1,572,864 jumlah Core.

IBM telah menghasilkan satu prototype digelar "dawn" yang berkeupayaan 500 TeraFlops sesaat menggunakan badan rekaan BlueGene/P hasil IBM.Berdasar prototype rekaan IBM itu,terhasillah rekaan Sequoia yang mengikut acuan rekaan "dawn" itu dengan keupayaan yang dinaik taraf menjadi lebih tinggi.

Memiliki 96 rak yang menempatkan 98,304 jumlah Node yang dioperasikan oleh 1,572,864 jumlah Core.
Pada tahun 2013,Sequoia menjadi Super Komputer pertama yang berkeupayaan menggunakan lebih 1 million Core di dalam pacuan satu aplikasi oleh Sequoia.

Lokasi - Lawrence Livermore National Laboratory (LLNL)
Dihasilkan Oleh - IBM
Jumlah Core - 1,572,864 Core
Jumlah Memori - 1,572,864 GB
Prosessor - Power BQC 16C 1.6GHz
Sistem Operasi - Linux
Jumlah Node - 98,304 Nodes



Titan - US


Titan dioperasikan oleh prosessor Cray XK7 yang digunakan oleh United States Department of Energy yang berlokasi di Oak Ridge National Laboratory , Tennesse , US.

Rekaan Titan dinaik taraf daripada model sebelumnya,Jaguar pada tahun 2012 sehingga menempatkan Titan di dalam senarai Super Komputer terhebat di dunia sehinggalah Super Komputer Tianhe mengatasi Titan pada tahun yang sama.

Titan memiliki kemampuan sehingga 17.59 PetaFlops sesaat dengan menggunakan sebanyak 261,632 NVIDIA K20x Core.Walaubagaimanapun pada tahun 2017,Titan difahamkan mampu mencapai melebihi daripada 20 PetaFlops sesaat.
Titan banyak digunakan di dalam bidang sains terutamanya.

Model Titan merupakan model hybrid pertama yang berjaya mengoperasikan lebih daripada 10 PetaFlops selepas dinaiktaraf pada tahun 2011 dan diuji pada tahun 2012 serta mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013.

Difahamkan kos menaiktaraf daripada model Jaguar kepada Titan memakan belanja lebih kurang 60 million USD yang ditaja penuh oleh United States Department of Energy.

Titan memiliki 18,688 Nodes dan setiap satu Nodes memiliki 16 Core AMD Opteron 6274 CPU yang dioperasikan oleh 32GB DDR3 ECC Memori.Gabungan ideal bersama NVIDIA Tesla K20x GPU dan 6GB GDDR5 ECC Memori.Secara keseluruhannya,Titan memiliki 299,008 Core dan 693.6 TB CPU dan GPU Ram.

Lokasi - Oak Ridge National Laboratory , Tennesse , US
Dihasilkan Oleh - Cray Inc.
Sistem Operasi - Cray Linux Environment
PetaFlops - 17.59 PetaFlops sesaat
Accelerator Core - K20x NVIDIA Core
Jumlah Core - 299,008 Core
Jumlah Memori - 710 TeraByte
Jumlah Nodes - 18,688



Tianhe2 - China


Nama Tianhe2 bermaksud (MilkyWay-2) yang dihasilkan di National University of Defense Technology (NUDT) , China.Tianhe2 dihasilkan bertujuan untuk kegunaan National Supercomputer Center yang terletak di Guangzho.

Tianhe2 berkeupayaan tinggi sehingga mencecah 33.86 PetaFlops sesaat sekaligus menempatkan diri di dalam senarai Super Komputer terpantas di dunia.

Sistem Tianhe2 memiliki 3,120,000 Core yang dioperasikan oleh 16,000 Nodes dan setiap satu Nodes dioperasikan oleh dua (2) Intel Ivy Bridge Xeon prosessor dan tiga (3) Xeon Phi co-prosessor cip.

Tianhe2 dibina oleh 1,300 orang saintis dan berkolaborasi bersama kumpulan jurutera daripada National University of Defense Technology (NUDT).

Tianhe2 tidak boleh diperkecilkan kemampuan memorinya kerana Tianhe2 memiliki memori yang cukup berkuasa iaitu sebanyak 1,024,000 GB.Jika mahu dibahagikan kepada Pendrive bersaiz 64GB,sebanyak 16,000 Pendrive bersaiz 64GB diperlukan untuk bersaing keupayaan Tianhe2 ini.

Lokasi - National University of Defense Technology (NUDT)
Dihasilkan Oleh - NUDT
PetaFlops - 33.86 PetaFlops sesaat
Jumlah Core - 3,120,000 Core
Jumlah Memori - 1,024,000 GB
Prosessor - Intel Xeon E5-2696v2 12C 2.2GHz
Sistem Operasi - Kylin Linux (NUDT)
Software - icc (Compiler) , Intel MKL-11.0.0 (Math Library) , MPICH2 customized GLEX Channel (MPI)



Sunway TaihuLight - China


Pada tahun 2016,Sunway TaihuLight mengungguli carta pertama di China sebagai Super Komputer paling hebat di dunia dengan kemampuan 93 petaFlops sesaat.

TaihuLight direka oleh National Research Center of Parallel Computer Engineering & Technology (NRCPC) dan beroperasi di National Supercomputing Center di bandar Wuxi , wilayah Jiangsu , China.

Sunway TaihuLight menggunakan keseluruhan barangan rekaan tempatan dan memiliki 40,960 SW26010 Core dan 64-bit RISC prosessor.Setiap prosessor memiliki 256 cip Core untuk tujuan prosessor dan tambahan empat (4) auxiliary Core pada sistem pengurusannya iaitu termasuk RISC Core.

Jadi secara keseluruhannya,TaihuLight memiliki sebanyak 10,649,600 Core di keseluruhan sistemnya.Manakala TaihuLight memiliki jumlah memori yang cukup besar iaitu sebanyak 1,310,720 GB secara keseluruhan.Jika dibahagikan dengan Pendrive bersaiz 64GB,kita memerlukan sebanyak 20,480 biji Pendrive bersaiz 64GB untuk mencukupkan saiz TaihuLight.Mana nak dapat?

Sistem TaihuLight juga dioperasikan oleh rekaan sistemnya sendiri iaitu Sunway RaiseOS 2.0.5 dimana rekaannya berdasarkan sistem operasi Linux.Sistem ini diubahsuai sendiri dengan mengimplankan sistem OpenACC 2.0 yang disertakan dengan parallelization kod.

Walaubagaimanapun,Sunway TaihuLight tetap mengungguli carta pertama Super Komputer terpantas pada tahun 2016 dan 2017.Kos dianggarkan melebihi 1.8 billion Yuan ( 273 million USD) untuk membina TaihuLight.

Sunway TaihuLight banyak digunakan untuk kegunaan kajian bahan mentah , Sains Kehidupan , Ramalan Cuaca , Rekaan Industri , Kajian Farmasi dan ubatan serta banyak lagi fungsi yang digunakan oleh TaihuLight.

TaihuLight ini terhasil sebagai tanda protes China terhadap Amerika kerana Amerika menyekat kemasukan perkakasan komputer kepada China.Oleh kerana itu,100% keseluruhan bahan untuk membina TaihuLight adalah buatan tempatan yang dihasilkan oleh syarikat Sunway di China.

LokasiNational Supercomputing Center di bandar Wuxi , wilayah Jiangsu , China
Dibina Oleh - NRCPC
Jumlah Core - 10,649,600 Core
Jumlah Memori - 1,310,720 GB
Prosessor - Sunway SW26010 260C 1.4GHz
Sistem Operasi - Sunway RaiseOS 2.0.5
Kos Anggaran - 1.8 billion Yuan



Tidak kiralah mana-mana Super Komputer yang mengungguli carta pertama atau terakhir,ia tetap dinobatkan sebagai Super Komputer dan ia bukanlah satu hasil binaan yang bukan calang-calang.Hasil kerja sehari sebuah Super Komputer bersamaan lebih 100 kali ganda lebih pantas daripada komputer peribadi biasa.Bayangkan betapa pantasnya sebuah Super Komputer.



Kredit :



 Hujan Emas : Kepantasan era teknologi selaras dengan perkembangan dunia digital serta keupayaannya.Ia dicipta untuk memudahkan urusan manusia sehingga ke tahap maksimum.Jangan manusia jadi semakin malas sudahlah.

0 comments: